KUALA LUMPUR 13 April - Tealive buat julung kalinya bekerjasama dengan Milo untuk menawarkan rangkaian minuman eksklusif, 'Coco Xtreme' khas untuk penggemar coklat.
Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, tiga minuman baharu yang dilancarkan, termasuk Signature Crunchie Smoothie Milo, Pearl Bang Bang Milo, Matcha Crunchie Smoothie Milo dan Pudding.
Beliau berkata, kerjasama ini merupakan pencapaian baharu bagi Tealive yang memenuhi jaminan jenama mereka iaitu 'Bukan Sekadar Teh'.
"Kami gembira apabila Tealive bekerjasama dengan Milo, minuman malt coklat yang paling digemari di Malaysia, untuk menawarkan minuman gaya hidup yang memenuhi selera pelanggan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Loo, ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Nestlé menerusi KitKat pada tahun lalu yang menyaksikan sambutan luar biasa daripada peminat sehingga stok dihabiskan lebih pantas dari yang dijangkakan.
Katanya, beliau berharap peminat Tealive sekali lagi akan mencipta sejarah dengan menikmati siri minuman gaya hidup Coco Xtreme dengan Milo dalam jumlah yang akan mencatatkan rekod.
"Tawaran masa terhad ini memberikan pengalaman yang terbaik dari kedua-dua iaitu rasa segar yang menyelerakan, Bang Bang atau smoothies Tealive bersama topping yang disertakan bersama kebaikan dan kelazatan Milo bagi melancarkan tenaga mereka untuk pergi lebih jauh," katanya.
Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Professional Malaysia dan Singapura, Yit Woon Lai mengalu-alukan kerjasama ini kerana ia memberikan peminat Milo pengalaman Coco Xtreme yang menampilkan kebaikan coklat unik Milo.
Katanya, rakyat Malaysia kerap menikmati Milo di rumah sama ada sebagai minuman yang memberikan tenaga segera atau dihidangkan bersama makanan yang berkhasiat.
"Dengan kerjasama ini, kami gembira melihat pelanggan kami menikmatinya dalam suasana gaya hidup," katanya sambil menekankan kebaikan asli malt barli, susu, dan koko ke dalam minuman Bang Bang atau smoothies Tealive bersama topping. - DagangNews.com