Tealive tawar minuman RM6 sempena PRN mulai 24 Julai hingga 13 Ogos 2023 | DagangNews Skip to main content

Tealive tawar minuman RM6 sempena PRN mulai 24 Julai hingga 13 Ogos 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 24 Julai - Jenama teh gaya hidup terkemuka serantau, Tealive melancarkan kempen Jualan Rahmah di bawah inisiatif Payung Rahmah hari ini untuk mengingatkan rakyat Malaysia keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos ini.

 

Kempen yang digelar 'Promosi PRN 6 Negeri (PRN6)' menawarkan enam jenis minuman terpilih dengan harga RM6 setiap satu, yang mana akan berlangsung di seluruh negara sehingga 13 Ogos, sehari selepas hari pengundian.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo berkata, kempen PRN6 ini berkonsepkan berikutan kejayaan promo Pilihan Raya Umum tahun lepas.

 

Beliau mengingatkan para pengundi di enam negeri terlibat, termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu supaya menggunakan hak demokratik mereka untuk memilih pemimpin negeri mereka.

 

"Kami percaya mengundi adalah kewajipan sivik setiap rakyat dan ia menunjukkan patriotisme dan cinta anda kepada negara tercinta. Jadi, kami menggesa semua orang untuk hadir dan menjalankan kewajipan anda untuk keluar mengundi," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Promosi Tealive RM6 hanya untuk enam jenis minuman, termasuk Bang Bang Milk Tea, Signature Brown Sugar Pearl Milk Tea, Signature Coco, Hazelnut Milk Tea, Sparkling Mango Tea or Passionfruit Tea with 3Q Jelly dan Signature Coffee.

 

 

tealive

 

 

tealive

 

 

Promosi ini sah untuk pembelian menggunakan aplikasi Tealive mulai hari ini sehingga 13 Ogos 2023. 

 

Pelanggan perlu menggunakan kod promosi PRN6 semasa membuat pembayaran untuk menikmati harga promosi RM6. - DagangNews.com