Tealive tawar promosi minuman RM8 sempena pembukaan cawangan ke-800 | DagangNews Skip to main content

Tealive tawar promosi minuman RM8 sempena pembukaan cawangan ke-800

Ng Yau Chuan memberikan minuman kepada pelanggan melalui kaunter pandu lalu sempena pembukaan cawangan ke-800 di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 5 September 2022.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 5 Sept - Tealive hari ini menandakan pencapaian membuka cawangan ke-800 di Malaysia yang mempunyai servis pandu lalu di Batu Kawan, Pulau Pinang sekaligus mengesahkan perancangannya untuk mengoperasikan 1,000 cawangan menjelang 2024. 

 

Ketua Pegawai Pemasaran dan Digital di Loob Holding Sdn Bhd, Ng Yau Chuan berkata, sasaran mencapai 1,000 cawangan dalam tempoh tiga tahun telah ditetapkan pada bulan Mei lalu apabila Tealive membuka cawangan yang ke-600, justeru itu, sasaran tersebut kini lebih mudah untuk dicapai.

 

“Lebih penting lagi adalah pembukaan pandu lalu di cawangan ini kerana Tealive memberi keutamaan dan penekanan terhadap keselesaan pelanggannya dan kami akan terus usaha mendekati rakyat Malaysia di mana-mana jua,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Menyertai beliau dalam meraikan pembukaan ini ialah Pengarah Komersial Ikano Centers, Arnoud Bakker,  yang juga sebahagian daripada IKEA Asia Tenggara dan Mexico membangunkan perbandaran Bandar Cassia dan Pusat Membeli-belah Klippa berdekatan.

 

Ng dan Bakker turut mengedarkan minuman Tealive kepada para pelanggan dari tingkap pandu lalu bagi melambangkan permulaan operasi cawangan tersebut. 

 

Bagi memberi ganjaran kepada pelanggan mereka atas sokongan yang berterusan, Tealive kini menawarkan harga promosi RM8 untuk semua minuman selama lima hari mulai hari ini. 

 

Setiap minuman yang berharga melebihi RM8 pada harga menu biasa akan secara automatik dikurangkan kepada RM8 sahaja, tidak termasuk cukai. 

 

 

tealive

 

 

“Kami menganugerahkan kejayaan ini sebagai jenama yang bertunas di Malaysia dan dikembangkan secara global kepada semua pelanggan setia dan bagi yang menyokong kami, dengan itu, kami gembira untuk meraikan kejayaan pembukaan cawangan ke-800 ini bersama mereka.

 

“Selama lima hari mulai hari ini, pelanggan boleh mendapatkan minuman tidak kira saiz di mana-mana cawangan biasa kami dengan hanya membayar sehingga RM8,” katanya.

 

 

tealive

 

 

Ng berkata, terdapat rancangan untuk membuka sembilan lagi cawangan pandu lalu dalam tempoh 12 bulan akan datang, ditambah kepada bilangan 14 pandu lalu yang sedia ada.

 

“Sekian rancangan kini. Ada kemungkinan untuk bertambah jikalau terdapat lokasi sesuai yang ditawarkan oleh rakan perniagaan kami, seperti Ikano di Batu Kawan ini,” katanya. - DagangNews.com