Jika ada antara anda yang mengikuti perkembangan tenaga solar dan bahan api fosil, mungkin menganggap sumber utama yang bergantung kepada ekonomi global itu seperti minyak, arang batu dan gas asli akan terhapus sepenuhnya tidak lama lagi.
Realitinya, kesemua sumber itu masih menjana tenaga untuk bumi, sementara sumber boleh diperbaharui seperti solar dan angin hanya menyumbang 2% hingga 3% daripada kapasiti tenaga global.
Ini seterusnya mencetuskan persoalan : bagaimana sebenaranya tenaga solar berbeza dengan bahan api fosil dan mengapakah perkembangan tenaga boleh diperbaharui itu menerima banyak perhatian?
Tenaga solar vs. bahan api fosil
Dari segi impak ke atas persekitaran, tenaga solar merupakan sumber yang jauh lebih optimum berbanding bahan api fosil. Namun, dari segi penggunaan yang boleh dipercayai, arang batu dan gas asli mempunyai kelebihan.
Kaedah utama untuk membandingkan tenaga solar dan bahan api fosil adalah menerusi kos, di mana solar dengan cepat mengejar berbanding bahan api fosil yang tidak boleh diperbaharui.
Adakah tenaga solar lebih murah dibandingkan arang batu dan bahan api fosil lain?
Membandingkan kos untuk pelbagai sumber tenaga bukannya mudah. Subsidi kerajaan memainkan peranan utama dalam membentuk potensi pertumbuhan bagi sumber tenaga baharu.
Ini bermakna, membuat perbandingan setara bagi kos tenaga solar dan bahan api fosil merupakan tugas yang rumit.
G20 vs. AS: paradoks bahan api fosil
Negara anggota dalam Kumpulan 20 (G20) mungkin telah bersetuju untuk mula menghentikan bahan api fosil pada tahun 2009 kerana tidak cekap dan kualitinya yang mencemarkan, tetapi tidak semua anggota mengikutinya.
Menurut laporan Oil Change International, walaupun G20 merangkumi lebih 85% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global, namun ekonomi-ekonomi utama ini membelanjakan sehingga AS$452 bilion setiap tahun untuk memberi subsidi bagi bahan api fosil.
Ingin tahu siapa penyumbang subsidi bahan api fosil terbesar di dunia? Jawapannya adalah Amerika Syarikat (AS). Negara itu terus menyuntikkan subsidi bahan api fosil pada kadar yang lebih tinggi berbanding negara lain di dunia, walaupun semasa di bawah pentadbiran Barack Obama yang menekankan alam sekitar.
Dengan adanya barisan penyokong bahan api fosil di bawah pentadbiran Donald Trump, era tenaga di AS seterusnya kemungkinan akan melanjutkan tahap subsidi bahan api fosil yang sama.
Bagaimana subsidi tenaga main peranan penting
Apabila membandingkan kos tenaga solar dan bahan api fosil, ini perlu mengambil kira faktor subsidi yang memasikan kos itu kekal rendah. Dalam konteks tenaga solar, Kredit Cukai Pelaburan (ITC) ketika ini menampung 26% daripada mana-mana pemasangan solar di AS.
Walaupun pengkritik tenaga boleh diperbaharui melihat bahawa ITC sebagai rangsangan yang dibiayai oleh pembayar cukai tinggi, namun realitinya subsidi sementara itu mewakili sebahagian kecil wang yang dibelanjakan oleh pembayar cukai AS setiap tahun untuk mensubsidi bahan api fosil.
Tanpa sebarang subsidi, solar masih lagi sumber tenaga paling murah di dunia, seperti mana ditunjukkan dalam rekod perjanjian pembelian tenaga yang rendah di negara-negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Chile.
Kos tenaga solar yang rendah juga dijangka berterusan: tidak seperti minyak, gas dan arang batu, teknologi solar fotovoltan (PV) bukan sebuah bahan api - bermakna kosnya akan terus jatuh setiap tahun memandangkan kajian akan berterusan dan teknologi akan bertambah baik.
Cara terbaik untuk membandingkan tenaga solar dan bahan api fosil dengan mengambil kira tanpa subsidi untuk menentukan harga tenaga global.
Ini bermaksud: harga arang batu global secara puratanya pada kadar AS$0.06 sen setiap kilowatt-jam (kWh). Sehingga dekad lalu, tiada lagi sumber tenaga alternatif dapat menyaingi harga tersebut.
Wap bahan api fosil berpurata sekitar AS$0.05 sen/kWh dan gas asli berskala kecil boleh berada pada kadar serendah AS$0.03 sen/kWh. Tidak hairanlah dunia terkejut apabila apabila pemasangan solar komersial utama menawarkan harga yang sangat rendah untuk PV pada 2016, pada AS$ 0.029 setiap kWh - dengan berkesan menyamakan kedudukan persaingan antara tawaran termurah solar dan bahan api fosil.
Oleh itu, perbincangan sama ada solar lebih murah berbanding arang batu merupakan perdebatan yang lapuk. Hari ini, syarikat tenaga sedang membangunkan projek solar PV yang dapat menghasilkan tenaga pada separuh kos arang batu, tanpa mengambil kira kesan negatif arang batu, seperti pencemaran karbon tinggi, perlombongan dan menarah puncak bukit.
Kelebihan dan kekurangan elektrik tenaga solar vs. bahan api fosil
Senarai kelebihan atau kekurangan tenaga solar berbanding bahan api fosil tidak mengejutkan. Bahan api fosil menawarkan kelebihan sebagai sumber yang boleh dipercayai, sentiasa ada.
Jika seseorang berhasrat untuk memandu pada pukul 3 pagi atau 3 petang, tiada apa yang perlu dibimbangkan, asalkan tangki minyak diisi penuh. Walau bagaimanapun, ramai orang sudah mengetahui bahayanya gas, minyak dan arang batu, termasuk pencemaran yang ketara dan kenyataan bahawa sumber itu akhirnya akan habis.
Senarai lengkap kekurangan bahan api fosil cukup difahami, kecuali satu: kos dan kerugian untuk membuat loji pengeluarannya. Secara mudahnya, kos operasi berkaitan pengeluaran bahan api fosil melebihi kos operasi untuk menghasilkan tenaga solar.
Solar mudah untuk dipasang di permukaan bumbung atau permukaan tanah dan memanfaatkan sumber yang ada (cahaya matahari). Penggunaan bahan api fosil sebaliknya merosakkan bumi untuk menghasilkan bahan api.
Ramai yang tidak menyedari bahawa bahan api fosil bukan sahaja menyebabkan pelepasan gas rumah hijau, malah proses penggerudian juga merosakkan dan menghakis tanah serta mencemarkan bekalan air.
Membandingkan teknologi bahan api : mengapakah perbezaannya penting
Kelebihan antara tenaga solar dan bahan api meletakkan ‘senarai panjang’ yang perlu dipertimbangkan oleh pemilik hartanah kediaman atau komersial. Namun, seperti bahan api fosil, tenaga solar menawarkan kedua-dua kelebihan dan kekurangan.
Dari aspek positif, hakikat bahawa solar sebagai sumber tenaga hijau dan tidak mencemarkan merupakan kelebihan utama bagi bagi mana-mana sumber tenaga massa yang akan dihasilkan secara besar-besaran.
Dalam pada itu, sumber tenaga boleh diperbaharui juga ideal kerana akan bertambah dan tidak berkurang, di mana mewujudkan konflik iaitu turun dan naik harga, malah menyebabkan peperangan. Aspek tenaga solar ini terbukti, tetapi hakikat bahawa PV adalah sebuah teknologi dan bukan bahan bakar masih belum jelas.
Walaupun bahan api adalah komoditi ketara dan mesti dihasilkan, dirawat dan diangkut, solar PV adalah inovasi teknikal yang melibatkan sel silikon mengubah cahaya matahari menjadi tenaga pada kadar yang sangat efisien.
Inilah sebabnya mengapa ramai yang begitu teruja dengan solar sebagai penyelesaian tenaga: bahan api mempunyai had inovasi sedangkan teknologi terus meningkat dari masa ke masa.
Anda mungkin biasa dengan hukum Moore yang memerhatikan bahawa daya pemprosesan komputer berlipat ganda setiap tahun, bermaksud inovasi teknologi akan berlaku pada kadar pesat dari masa ke masa. Sebaliknya, kos teknologi yang sama juga akan berkurang dari masa ke masa.
Satu versi hukum Moore juga boleh diguna pakai dalam tenaga solar, seperti yang digambarkan oleh pertumbuhan mencanak PV yang terjadi dalam dekad terakhir sementara harga merosot.
Keterujaan sebenar terletak dalam potensi solar - kosnya yang setara dengan kos bahan api fosil tanpa subsidi, dan masih ada peluang untuk diturunkan setelah kecekapan ditambah baik.
Prinsip sama tidak mudah untuk diguna pakai dalam bahan api yang perlu dibakar, proses kimia asli yang dibakar tidak boleh diinovasi seiring peredaran masa. Seperti minyak ikan paus sebelum ini, cadangan nilai bahan api fosil hari ini telah memuncak beberapa dekad yang lalu.
Ini tidak bermaksud ekonomi dunia akan berhenti bergantung pada mereka esok, tetapi apabila teknologi tenaga boleh diperbaharui terus meningkat secara dramatik, penghujung bahan api fosil semakin menghampiri.
Satu-satunya kekurangan solar adalah ia belum dapat diakses secara universal lagi. Hari ini, tidak semua jenis bumbung sesuai untuk solar, dan tempoh bayaran baliknya tidak cukup rendah untuk menarik setiap peringkat pendapatan.
Penyelesaian penyimpanan tenaga solar perlu ditambah baik supaya ia boleh menjadi pilihan tenaga mampu milik oleh pemilik rumah, tersedia 24 jam setiap hari. Dalam pada itu, walaupun dasar-dasar sedia ada cukup menjadikan solar sebuah pelaburan bijak dengan kadar pulangan tinggi, namun teknologi itu perlu meneruskan usaha ke arah kos yang lebih rendah.
Nasib baik, industri solar dijangka dapat mengatasi rintangan tersebut melalui penyelidikan dan pengembangan lanjutan untuk meningkatkan perkakasan PV, serta penggunaan perisian yang lebih pintar dalam membawa pembeli dan penjual dengan mudah. - DagangNews.com