KUALA LUMPUR 18 Nov - Nestcon Bhd menerusi Nestcon Infra Sdn Bhd Berjaya memperoleh kontrak RM31.61 juta daripada Mightyprop Sdn Bhd bagi kerja-kerja letupan batu dan kerja am lain berkaitan jalan serta perparitan bagi cadangan projek pembangungan di Damansara Perdana, Selangor.
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu bermula pada 15 November 2024 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 12 bulan.
Penerimaan kontrak itu daripada Nestcon Infra untuk melaksanakan projek berkenaandijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan penggearan syarikat sepanjang tempoh kontrak.
Syarikat tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan kontrak kerja.
Bagaimanapun, syarikat akan mengambil langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko apabila ia berlaku.
Tiada pengarah, pemegang saham utama kumpulan dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu.- DagangNews.com