KUALA LUMPUR 9 Jan - Di sebalik cabaran ketidaktentuan geopolitik, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar asar semalaman (OPR) pada 3%.
Walaubagaimanapun, Kenanga Research berkata, ketidaktentuan global yang semakin meningkat dan peningkatan risiko inflasi bakal menjadi cabaran kepada kestabilan ringgit.
Katanya, mengekalkan dasar kukuh akan menyokong usaha penyatuan fiskal sambil menjaga kestabilan nilai ringgit.
Oleh itu, firma tersebut mengekalkan nilai ringgit pada RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
“Kami menjangkakan kelemahan ringgit pada 1H25 (RM4.50-RM4.60) akibat dasar sokongan Amerika Presiden Donald Trump, diikuti dengan pemulihan sederhana pada 2H25," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.
Rizab antarabangsa BNM jatuh 1.8% bulan ke bulan (MoM) kepada AS$2.1 bilion, mencecah A$116.2 bilion pada 31 Disember 2024, menandakan paras terendah dalam tempoh lima bulan.
Kenanga berkata, penyusutan itu akibat pengurangan dalam rizab mata wang asing dan pengurangan marginal dalam hak pengeluaran khas (SDR) dan aset rizab lain.
Walaupun dolar AS menalami penyusutan, firma penyelidikan itu berkata, baki rizab bertambah baik, dengan perlindungan import meningkat dan rizab juga meliputi sepenuhnya jumlah hutang luar negeri jangka pendek, dibantu oleh penilaian semula kadar pertukaran wang asing (forex).
"Rizab BNM dalam ringgit melonjak 7% kepada RM520.2 bilion pada Disember 2024.
“Nilai ringgit menyusut bagi bulan ketiga berturut-turut pada Disember, dengan purata bulanan menetap pada RM4.46, menandakan suku terburuk dalam hampir sedekad.
“Antara cabaran luaran yang mendorong penurunan tersebut termasuk ancaman tarif Trump, ketidaktentuan geopolitik, kejatuhan kerajaan Perancis, dan ketegangan politik yang tidak dijangka di Korea Selatan," katanya. - DagangNews.com