Eden Inc peroleh kontrak RM20 juta sediakan perkhidmatan makanan oleh Kementerian Kesihatan | DagangNews Skip to main content

Eden Inc peroleh kontrak RM20 juta sediakan perkhidmatan makanan oleh Kementerian Kesihatan

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 20 Nov - Eden Inc. Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya Eden Catering Sdn Bhd, telah dianugerahkan kontrak RM20.4 juta oleh Kementerian Kesihatan.

 

Kontrak yang melibatkan penyediaan perkhidmatan makanan penyumberan luar kepada Institut Kanser Negara (IKN) itu berlangsung selama tiga tahun bermula 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027.

 

Kontrak tersebut dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat untuk tahun kewangan berakhir Jun 2025 hingga Jun 2028, katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

 

eden

 

 

Eden berkata anugerah itu mencerminkan anjakan strategiknya untuk mengembangkan peluang perniagaan-ke-perniagaan (B2B) dan perniagaan-ke-kerajaan (B2G), menandakan satu peristiwa penting dalam pertumbuhannya dalam katering institusi.

 

Syarikat itu berhasrat untuk memanfaatkan sektor penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kerajaan yang memerlukan permintaan tinggi sambil terus mengembangkan kehadirannya dalam industri perkhidmatan makanan yang kompetitif di Malaysia. - DagangNews.com