KUALA LUMPUR 21 Jan - Lebihan dagangan diunjur mencapai sebanyak RM120 bilion pada 2025, iaitu lebih rendah berbanding tahun lepas iaitu RM136.9 bilion.
Firma penyelidikan itu berkata, unjuran tersebut mencerminkan ketidaktentuan berterusan mengenai dasar perdagangan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
"Kami menjangkakan prestasi eksport dan import negara pada 2025 meningkat masing-masing sebanyak 4.5% and 6.3%.
Dagangan Malaysia catat kenaikan 16.9% dalam eksport dan 11.9% bagi import pada Disember 2024.
Bagi unjuran tahunan, eksport dan import meningkat semula kepada 5.7% YoY dan 13.2% YoY, menghasilkan lebihan dagangan RM136.9 billion pada 2024.
Maybank IB berkata, prestasi ini mungkin didorong oleh muatan hadapan sebelum tarif “Trump 2.0” di tengah-tengah ketidaktentuan dasar perdagangan AS.
"Eksport pembuatan melonjak 18.5% YoY, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam elektrik & elektronik (E&E), perkilangan lain dan logam.
"Di samping itu, eksport pertanian juga meningkat dengan mendadak 28.9% YoY, diterajui oleh penghantaran minyak sawit yang lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan volum dan pemulihan harga.
"Selain itu, eksport perlombongan menunjukkan penurunan yang lebih kecil 5.1% YoY apabila eksport petroleum mentah jatuh 12.3% akibat harga yang lebih rendah, walaupun terdapat pemulihan 10.3% dalam volum .
"Eksport LNG turun 7.4% YoY, didorong oleh harga yang lebih rendah 11.9% dan pertumbuhan volum yang lebih perlahan 5.1%.
Maybank IB berkata, pertumbuhan eksport meningkat sebanyak 7.3% mengatasi pertumbuhan import sebanyak 5.3% pada suku keempat 2024.
"Ini sepatutnya mengurangkan kebimbangan mengenai baki akaun semasa suku keempat 2024 memandangkan ia hampir tidak mengalami lebihan dagang dalam dua suku sebelumnya," katanya- DagangNews.com