Eplas Global failkan permohonan IPO Pasaran ACE, kumpul dana penubuhan operasi pembuatan | DagangNews Skip to main content

Eplas Global failkan permohonan IPO Pasaran ACE, kumpul dana penubuhan operasi pembuatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Sept - Penyedia produk perkakas rumah, Eplas Global Bhd memfailkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia bagi mengumpul dana bagi menubuhkan operasi pembuatan.

 

Menurut draf prospektusnya, IPO yang dicadangkan melibatkan terbitan awam sebanyak 90 juta sagab baharu dan tawaran penjualan 36 juta saham sedia ada pada harga yang akan ditentutkan kemudian. Secara keseluruhannya, penyenaraian itu akan menawarkan pelabur sehingga 28% dalam syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu.

 

"Kami berhasrat mengintegrasikan perniagaan kami dengan menubuhkan operasi pembuatan di gudang Bukit Minyak. 

 

"Pengembangan ke dalam segmen pembuatan akan memberi syarikat kawalan ke atas bekalan, mengurangkan pergantungan kepada pengeluar dan pembekal pihak ketiga, katanya.

 

Pada masa ini, kumpulan itu memasar, mengedar dan menjual produk daripada botol air kepada peraltan dapur serta bakeri, alat pembersihan kepada produk bayi dan produk berkebun.

 

eplas

 

Syarikat itu mengedarkan produknya kepada peruncit, seperti gedung serbaneka dan kedai pembaikan rumah.

 

Di bawah terbitan awam IPO, kumpulan itu memperuntukkan 22.5 juta saham baharu kepada orang awam Malaysia dan 4.5 juta saham untuk orang yang layak. 

 

Syarikat itu juga memperuntukkan 56.25 juta saham untuk pelabur Bumiputera dan 6.75 juta saham baharu untuk memilih pelabur melalui penempatan persendirian.

 

Hasil daripada terbitan awam juga akan digunakan untuk membiayai modal kerja untuk operasi pembuatan, termasuk untuk pembelian bahan mentah, kos kakitangan, kos latihan dan pembangunan, dan perbelanjaan operasi.

 

Sebahagian daripada hasil juga telah diperuntukkan sebagai pembayaran balik pinjaman bank, dan untuk memenuhi keperluan modal kerja untuk operasi semasa. Selebihnya akan digunakan untuk membiayai anggaran perbelanjaan penyenaraian.

 

Sementara itu, sebarang wang yang diperoleh daripada tawaran untuk jualan akan terakru sepenuhnya kepada pemegang saham Tan Wee Hwang, yang melepaskan keseluruhan 10% pegangannya dalam Eplas. 

 

Wee Hwang tidak terlibat dalam operasi dan tidak berkaitan dengan penganjur, pemegang saham besar, pengarah dan pengurusan kanan utama.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ooi Chen Hoon kini merupakan pemegang saham terbesar Eplas dengan 68.43% kepentingan, manakala adik lelakinya dan Ketua Pegawai Operasi Ooi Cheng Loon mempunyai pegangan sebanyak 10%.

 

Sementara itu, Tan Sri Tan King Tai pengerusi beberapa syarikat tersenarai termasuk SWS Capital Bhd, Muar Ban Lee Group Bhd dan Focus Dynamics Group Bhd juga merupakan pemegang saham besar Eplas, dengan 8.57% kepentingan.

 

Melaka Securities merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan IPO. - DagangNews.com