Founder Group Limited lancarkan IPO di Nasdaq, sasar kumpul AS$4.88 juta | DagangNews Skip to main content

Founder Group Limited lancarkan IPO di Nasdaq, sasar kumpul AS$4.88 juta

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Okt - Anak syarikat Reservoir Link Energy Bhd, Founder Group Limited (FGL) melancarkan tawaran awam  permulaan (IPO) pada AS$4.00 sesaham di Pasaran Modal Nasdaq. 

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, IPO tersebut menyasarkan untuk mengumpul hasil kasar sebanyak AS$4.88 juta. 

 

IPO itu membabitkan sebanyak 1,218,750 saham biasa serta memberi pilihan untuk menjual tambahan 182,813 saham jika penaja jamin melaksanakan opsyen lebihan peruntukannya dalam tempoh 45 hari.

 

Saham FGL akan bermula didagangkan pada 23 Oktober 2024.

 

IPO tersebut dijangka ditutup pada atau kira-kira 24 Oktober 2024, tertakluk kepada syarat penutupan biasa.

 

US Tiger Securities Inc. ialah penaja jamin tunggal bagi IPO itu.- DagangNews.com