Harga saham Mega Fortris tidak berubah semasa penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia | DagangNews Skip to main content

Harga saham Mega Fortris tidak berubah semasa penampilan sulung di Pasaran Utama Bursa Malaysia

(Dari kiri) Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Mega Fortris, Shireen Iqbal Mohamed Iqbal;Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Mega Fortris, Lew Siew Yen; Exco Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa & Domestik dan Mobiliti, Ng Sze Han;Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Mega Fortris, Datuk Nick Ng;Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Mega Fortris, Wu Yik Ching; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Adrian Ng
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 11 Nov - Harga saham Mega Fortris Bhd kekal tidak berubah semasa penampilan sulungnya hari ini, selepas memperoleh hampir RM200 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

 

Kumpulan itu memulakan dagangan sahamnya pada harga IPO sebanyak 67 sen sesaham.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Mega Fortris, Datuk Ng Meng Poh yakin dengan keupayaan kumpulan menyampaikan produk berkualiti tinggi yang memastikan keselamatan dan integriti barangan semasa penyimpanan dan pengangkutan.

 

Mega Fortris mengeluarkan sehingga 530 juta kunci keselamatan setiap tahun bagi mengelakkan gangguan dan keselamatan barangan semasa pengangkutan dan penyimpanan.

 

OCBC mempunyai 9.45% pegangan dalam syarikat induk Mega Fortris dan pemegang saham jualan tunggal Mega Fortris Global Pte Ltd. 

 

Bank kedua terbesar di Asia Tenggara itu juga mempunyai 16.54% lagi pegangan tidak langsung melalui Lion-OCBC Capital Asia I Holding Pte Ltd bagi tujuan pelaburan dan tidak terlibat dalam operasi dan pengurusan syarikat.

 

Pada harga terakhir 67 sen, modal saham syarikat itu dinilai pada 29 kali pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2024.

 

Daripada jumlah RM99.07 juta yang akan dikumpul daripada terbitan awam itu, Mega Fortris merancang menggunakan 43% daripada hasil untuk membiayai sebahagian penubuhan kemudahan pengeluaran baharu, termasuk barisan pengeluaran automatic kunci keselamatan di UK.

 

Syarikat itu juga telah memperuntukkan 45% daripada dana yang diperoleh bagi menyediakan rumusan menyeluruh dalam membekal dan mengendalikan kotak keselamatan tertutup di Macau, China.

 

Selebih dana itu akan digunakan sebagai modal kerja dan untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

 

Penjualan saham sedia ada di bawah tawaran jualan yang mengumpul sehingga RM99.07 juta itu diperuntukkan kepada penempatan persendirian yang dikawal oleh Pengerusi Mega Fortris Datuk Nick Ng dan abangnya Datuk Adrian Ng, yang juga merupakan Ketua Eksekutif syarikat itu.

 

RHB Investment Bank ialah penasihat utama, serta penaja jamin bersama dan ejen penempatan dengan AmInvestment Bank untuk IPO tersebut.- DagangNews.com