Hasil Mega First dijangka pulih dibantu perniagaan oleokimia pada FY25 - AmInvest | DagangNews Skip to main content

Hasil Mega First dijangka pulih dibantu perniagaan oleokimia pada FY25 - AmInvest

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 22 Nov - Pendapatan Mega First Corporation Bhd (MFCB) dijangka baik pulih didorong oleh sumbangan perniagaan oleokimia pada FY25, kata AmInvestment Bank Research (AmInvest). 

 

Selain daripada keadaan pasaran yang bertambah baik, firma penyelidikan itu berkata, kekuatan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan pendapatan loji kuasa hidro Don Sahong (DSHP). 

 

Katanya, keuntungan bersih MFCB pada 9MFY24 tidak memenuhi jangkaan tahunan dan konsensus firma itu, masing-masing jatuh 11% dan 9%. 

 

“Ini didorong oleh kerugian bersih usaha sama (JV) perniagaan oleokimia yang lebih tinggi daripada jangkaan dan kesan negatif daripada AS$ yang lemah.

 

“Oleh itu, kami menurunkan unjuran untung bersih MFCB kepada 11%,” katanya dalam satu nota penyelidikan. 

 

AmInvest berkata, walaupun keputusan kewangan 3QFY24 MFCB amat mengecewakan, tetapi ia mengekalkan saranan ‘beli’ ke atas syarikat pelaburan tenaga boleh diperbaharui (RE) itu. 

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dan menurunkan harga sasaran (TP) kepada RM5.23 daripada RM5.40 sesaham berdasarkan PE FY26 sebanyak 10 kali,”katanya. - DagangNews.com