Inflasi Malaysia meningkat 1.9% pada Oktober 2024 - DOSM  | DagangNews Skip to main content

Inflasi Malaysia meningkat 1.9% pada Oktober 2024 - DOSM 

DOSM melapor, harga purata ayam di Semenanjung Malaysia ialah RM9.68 sekilogram pada Oktober 2024 berbanding RM9.32 sekilogram sebelum ini - Gambar NAIM AZIZ/Dagangnews
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 22 Nov - Inflasi Malaysia meningkat 1.9% pada Oktober 2024 dengan mencatatkan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) sebanyak 133.4 berbanding 130.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

DOSM melaporkan data IHP baru-baru ini menunjukkan inflasi Oktober meningkat 0.2% akibat peningkatan inflasi yang lebih tinggi dalam kumpulan utama, termasuk makanan dan minuman (2.3%), bersama-sama dengan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.4%).

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7440021731122760967.jpg?itok=olaZBsiR","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7440021731122760967?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7390560066821703185","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Bagaimanapun, ini telah diimbangi oleh penurunan 2.1% dalam kumpulan maklumat dan komunikasi, diikuti oleh pengangkutan (0.2%), perabot, kelengkapan rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah (0.1%) serta rekreasi, sukan dan kebudayaan (0.1%).

 

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kumpulan makanan dan minuman menyumbang 29.8% daripada jumlah berat IHP, meningkat daripada 1.6% pada September akibat inflasi 1.4% dalam kelas perbelanjaan daging berbanding 0.7% sebulan sebelumnya. 

 

Berdasarkan data yang dikumpul oleh DOSM, harga purata ayam di Malaysia bagi Oktober 2024 ialah RM10.63 sekilogram berbanding RM10.02 sekilogram pada bulan yang sama tahun lepas.

 

Sementara itu, harga purata ayam di Semenanjung Malaysia ialah RM9.68 sekilogram pada Oktober 2024 berbanding RM9.32 sekilogram sebelum ini.

 

 

DOSM

 

 

Mengenai peningkatan kadar inflasi negeri, Mohd Uzir berkata, kebanyakan negeri mencatatkan kenaikan di bawah paras inflasi negara iaitu 1.9%.

 

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat empat negeri berada di atas paras inflasi negara iaitu Pulau Pinang (3.1%), Pahang (2.7%), Selangor (2.3%) dan Sarawak (2.1%).

 

"Semua negeri mencatatkan peningkatan inflasi dalam makanan dan minuman. Kadar tertinggi dicatatkan oleh Selangor pada 3.8%, diikuti Persekutuan Putrajaya (2.9%), Johor (2.4%), Pulau Pinang (2.4%) dan Pahang (2.3%).

 

“Sementara itu, negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah inflasi negara makanan dan minuman sebanyak 2.3% pada Oktober 2024,” jelasnya.

 

Berbanding dengan negara terpilih lain, beliau berkata, inflasi Malaysia adalah lebih rendah daripada Vietnam (2.9%) dan Filipina (2.3%).

 

Bagaimanapun, kadar itu lebih tinggi daripada Indonesia (1.7%), Korea Selatan (1.3%), Thailand (0.8%) dan China (0.3%). - DagangNews.com

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/p-LTzLBS1C4.jpg?itok=vTiCOmiO","video_url":"https://youtu.be/p-LTzLBS1C4","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}