Kerugian Pos Malaysia diunjur meningkat 81% pada FY25 kesan peningkatan kos operasi, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Kerugian Pos Malaysia diunjur meningkat 81% pada FY25 kesan peningkatan kos operasi, kata Kenanga Research

Gambar: DagangNews
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 Nov - Kenanga Research mengunjurkan kerugian bersih Pos Malaysia Bhd meningkat 81% pada FY25 kesan peningkatan kos operasi walaupun perniagaan bertambah baik pada 3QFY24.

 

Katanya, segmen logistik mengalami kerugian tukaran mata wang asing sebanyak RM10.4 juta pada 3QFY24.

 

Firma penyelidikan itu berhati-hati terhadap prospek Pos Malaysia kerana perniagaan mel konvensionalnya yang sedang bergelut untuk pulih dalam era digital selain volum kuriernya yang semakin berkurangan kerana berdepan cabaran pemain baharu seperti J&T Express dan Ninja Van.

 

"Langkah penjimatan kos mereka juga tidak mencukupi untuk mengatasi hasil perniagaan terasnya yang semakin lemah.

 
"Walaupun kami memuji usaha kumpulan membuka Pos Shop tetapi pada masa sama bimbang terhadap tempoh tunggu hasil kedai bagi mencapai kecekapan operasi," katanya dalam atu nota kajian, hari ini. 

 

ARTIKEL BERKAITAN: Pos Malaysia catat pertumbuhan hasil positif RM459 juta pada suku ketiga 2024

 

Terdahlu, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM49.89 juta pada 3QFY24 kesan hasil yang lebih rendah dalam segmen logistik dan pos.

 

Hasil bagi suku dalam tinjauan juga susut kepada RM458.96 juta daripada RM461.71 juta setahun lalu.

 

Kenanga Research berkata, walaupun hasil secara amnya stabil untuk 9MFY24, kerugian bersih teras berkembang 62% YoY apabila peningkatan beransur-ansur dalam segmen pos dan logistic iimbangi persekitaran operasi kos tinggi

 

Katanya, segmen penerbangannya pulih dengan kukuh pada sektor pengangkutan udara yang berkembang pesat

 

"Kami mengekalkan saranan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) 25 sen sesaham," katanya.- DagangNews.com