KKB Engineering terima dua kontrak berasingan berjumlah RM89 juta daripada Petros Niaga, Gamuda | DagangNews Skip to main content

KKB Engineering terima dua kontrak berasingan berjumlah RM89 juta daripada Petros Niaga, Gamuda

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Dis - KKB Engineering Bhd menerusi KKB Industries (Sabah) Sdn Bhd menerima dua kontrak berasingan bernilai RM89 juta daripada Petros Niaga Sdn Bhd dan Gamuda Bhd.

 

Kumpulan itu berkata, menerusi kontrak yang diperoleh daripada Petros Niaga, mereka perlu membekal dan menghantar silinder gas petroleum cecair (LPG) baharu.

 

Bagi kontrak yang diraih daripada Gamuda,  kumpulan itu perlu mengilang, membekal, menghantar dan memunggah konkrit keluli ringan berjajar (MSCL) dan paip khusus di Sabah.

 

"Tempoh penyiapan kontrak Petros Niaga adalah selama tiga tahun dan tarikh siap kontrak Gamuda dijadualkan pada suku kedua 2026," katanya dalam atu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kedua-dua kontrak itu tidak akan memberi kesan kepada modal sham syarikat dan dijangka menyumbang ecara positif kepada pendapatan serta aset bersih kumpulan sepanjang tempoh kontrak.

 

Risiko pelaksanaan kontrak itu termasuk pelaksanaan seperti ketersediaan tenaga kerja dan bahan mahir, tukaran mata wang asing dan perubahan harga, keadaan cuaca dan/atau keadaan politik, ekonomi dan peraturan.- DagangNews.com