Trump dijangka perkenalkan tarif punitif, beri kesan kepada dagangan negara ASEAN - Maybank IB | DagangNews Skip to main content

Trump dijangka perkenalkan tarif punitif, beri kesan kepada dagangan negara ASEAN - Maybank IB

Gambar AFP
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 12 Nov - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif punitif bagi mempercepatkan aliran perdagangan, dengan negara ASEAN akan terkesan. 

 

Katanya, sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) berpotensi mengalami kesan buruk akibat volum dagangan sektor logistik walaupun kadar pengangkutan jangka pendek telah meningkat. 

 

"Ini kerana faktor seperti gabungan pengeksport muatan hadapan telah mendahului tarif yang dijangkakan, pengurangan kapasiti kapal dan peningkatan permintaan semasa musim cuti akhir tahun.

 

“Kadar tambang yang lebih tinggi dijangka memberi kesan negatif kepada penghantar kargo tempatan seperti TASCO Bhd dan FM Global Logistik.  

 

"Pengendali pelabuhan seperti Westports Malaysia Sdn Bhd akan terkesan dengan pengurangan akibat tarif jangka panjang dalam jumlah eksport seterusnya menjejaskan mereka. 

 

"Sektor sarung tangun pula dijangka menerima lebih banyak tarif ke atas barangan atau sarung tangan buatan China. 

 

"Bagi sektor gas dan minyak, sokongan Trump dalam perkembangan pengeluaran bagi menamatkan peperangan Rusia-Ukraine akan memberi kesan nagatif terhadap pemain perniagaan hiliran sektor itu, kami menjangkakan Hibiscus Petroleum and Dialog Group Bhd akan terkesan," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini. 


 
Maybank IB memilih Frontken Corporation Bhd dan Greatec Technology Bhd sebagai pilihan utamanya dalam sektor RE di mana firma itu menjangkakan nilai wang RM/AS yang positif bagi meningkatkan eksport teknologi.

 

Katanya, dengan pendedahan teknologi Malaysia yang menjurus ke pasaran China, permintaan atau penggunaan pemain tempatan dijangka mengalami kesan nagatif. 

 

"Kemajuan sektor teknologi China juga akan mengurangkan lagi pergantungan kepada pembuat peralatan Malaysia.

 

"Pemain tempatan mungkin mendapat manfaat daripada rantaian bekalan luar pesisir tetapi data menunjukkan pergerakan +1 China/Taiwan masih belum mencapai momentum kritikal di dalam negara," katanya.- DagangNews.com