Menteri Kewangan miliki kata pemutus pilih kontraktor Lebuhraya Pan Borneo, bukan JKR negeri | DagangNews Skip to main content

Menteri Kewangan miliki kata pemutus pilih kontraktor Lebuhraya Pan Borneo, bukan JKR negeri

SHAH ALAM 14 Nov - Menteri Kewangan mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan pelantikan syarikat itu dalam pembinaan Pakej Fasa 1B Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tiada pihak boleh berkata kementerian perlu mengikut saranan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah kerana Kementerian Kewangan mempunyai kuasa mutlak memutuskan pemberian projek itu.

 

Nanta berkata kementeriannya telah membincangkan perkara itu sebelum syor yang diberikan JKR Sabah dibentangkan kepada Kementerian Kewangan.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7437054958077250834.jpg?itok=GrOeBStR","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7437054958077250834?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

“Mereka (Kementerian Kewangan) mempunyai kuasa untuk memutuskan siapa yang patut ditawarkan atau diluluskan.

 

“Kementerian Kewangan telah memberi keputusan kepada kami, dan kami telah mengarahkan JKR Sabah untuk mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada pihak terpilih.

 

"Kami telah mengikut prosedur yang ditetapkan, dan tiada isu," kata Nanta selepas merasmikan Hari Komuniti MyPLUS hari ini, menurut laporan NST.

Pan Borneo Sabah

 

Di Dewan Rakyat semalam, Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa projek itu dianugerahkan kepada syarikat yang tidak berkelayakan.

 

Beliau berkata sebuah syarikat yang mempunyai rekod prestasi yang baik telah dicadangkan oleh jawatankuasa penilaian tender tetapi Kementerian Kewangan menganugerahkan projek itu kepada syarikat yang tidak disyorkan oleh jawatankuasa itu.

 

Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, tidak menjawab soalan itu kerana beliau tidak mempunyai data khusus mengenai projek itu.

 

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ramli Md Nor kemudiannya memberitahu Amir supaya memberikan jawapan bertulis kepada soalan itu. - DagangNews.com

 

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/-a1W_f9itiE.jpg?itok=JBm6eBea","video_url":"https://youtu.be/-a1W_f9itiE","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}