M&M Ventures Holdings bangunkan projek taman peruncitan bernilai RM50 juta dekat ICC Pudu | DagangNews Skip to main content

M&M Ventures Holdings bangunkan projek taman peruncitan bernilai RM50 juta dekat ICC Pudu

ICC Pudu - Gambar dari Facebook ICC Pudu
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Okt - M&M Ventures Holdings Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya M&M Construction Sdn Bhd, mengumumkan pembangunan projek taman peruncitan iaitu usaha niaga sulungnya di sebelah Kompleks Komersial Bersepadu (ICC) Pudu di ibu negara.

 

Projek yang bernilai RM50 juta yang akan dibangunkan di segitiga emas Kuala Lumpur itu akan menawarkan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera untuk penduduk tempatan dan pelancong. 

 

Projek pembangunan taman runcit seluas empat hektar itu itu dijangka siap pada suku pertama 2025.


 
Ketua Pegawai Eksekutif M&M Ventures Holdings, Dominic Tan berkata, projek itu akan merupakan detik baharu yang akan menarik dalam perjalanan syarikat menjenamakan semula kehidupan metropolitan biasa dan pengalaman runcit di bandar. 

 

"Kami mencipta ruang di mana keluarga, pelancong dan penduduk bandar boleh berkumpul untuk meneroka, berhubung dan meraikan dalam Persekitaran yang unik. 

 

"Kami yakin bahawa projek ini akan menjadi destinasi penting yang menetapkan tahap baharu untuk pengalaman runcit dan gaya hidup,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

 

Beliau juga berkata, projek itu mencerminkan komitmen M&M Ventures Holdings ke arah mencipta pengalaman runcit yang lancar, membangunkan ruang yang lebih kondusif untuk penerokaan dan perayaan serta mewujudkan persekitaran menguntungkan bagi perniagaan dan pelabur. - DagangNews.com