Paras stok minyak sawit berkemungkinan terus menyusut berikutan faktor cuaca, kata HLIB | DagangNews Skip to main content

Paras stok minyak sawit berkemungkinan terus menyusut berikutan faktor cuaca, kata HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Jan - Paras stok minyak sawit berkemungkinan besar terus menyusut bulan ini didorong eksport musim sejuk yang lemah dan sekali gus mengurangkan daya saing harga berbanding minyak alternatif lain.

 

Bagaimanapun, Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata, penyusutan itu mungkin dipengaruhi corak tanaman yang lebih rendah dan kesan keadaan cuaca basah.

 

Firma penyelidikan itu berkata, stok simpanan minyak sawit kekal dalam aliran menurun, jatuh sebanyak 6.9% dari bulan ke bulan kepada 1.71 juta tan pada Disember 2024, memandangkan eksport yang lebih rendah dan import yang lebih tinggi lebih diimbangi penurunan pengeluaran bermusim.

 

"Eksport minyak sawit merosot untuk bulan kedua berturut-turut, sebanyak 10% kepada 1.34 juta tan pada Disember 2024, dan kami percaya ini disebabkan terutamanya catuan permintaan (terutamanya dari negara sensitif harga)," katanya dalam satu nota kajian.

 

Ini juga termasuk daya saing harga sawit yang lemah berbanding minyak saingan lain, dan bermusim, kerana permintaan minyak sawit lazimnya lemah semasa musim sejuk.

 

"Kami mengekalkan andaian harga minyak sawit entah (MSM) 2025 hingga 2026 kami sebanyak RM4,000 setiap tan dan RM3,800 setiap tan, dengan pandangan harga MSM akan kekal pada paras tinggi dalam tempoh terdekat, mungkin sehingga suku pertama 2025, disokong oleh keluaran jangka pendek yang lemah," katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pengeluaran berkemungkinan lemah dalam tempoh terdekat akibat kelemahan bermusim, ditambah dengan hujan yang luar biasa tinggi di Malaysia dan Indonesia.

 

HLIB berkata, akibat premium harga minyak sawit berbanding minyak sayuran pesaing lain tidak mampan dalam jangka panjang, manakala bekalan bertambah baik jika tiada faktor cuaca utama yang akan mengehadkan harga.

 

Sektor perladangan kini mempunyai dua penarafan neutral daripada HLIB dan Public Investment Bank Bhd (PublicInvest). - DagangNews.com