KUALA LUMPUR 28 Okt - Pelabur asing kembali menjadi penjual bersih selepas melupuskan RM196.2 juta ekuiti tempatan pada minggu lalu.
MIDF Research berkata, pelabur asing mencatat pembelian bersih pada Isnin dan Selasa, masing-masing pada RM39.1 juta dan 107.6 juta, selain membuat penjualan bersih pada Rabu dan Jumaat.
Menurut firma penyelidikan itu, aliran keluaran bersih terbesar berlaku pada Khamis, berjumlah RM230.3 juta.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7430657123316518152.jpg?itok=4_5P-XLo","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7430657123316518152?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
"Tiga sektor dengan aliran masuk asing tertinggi adalah pembinaan (RM86.5 juta), perkhidmatan kewangan (RM85.7 juta) dan penjagaan kesihatan (RM53.0 juta).
"Sementara itu, sektor dengan aliran keluar asing tertinggi adalah utiliti (RM266.9 juta), teknologi (RM50.9 juta), serta telekomunikasi dan media (RM45.7 juta)," katanya dalam laporan aliran dana, hari ini.
Sebaliknya, institusi tempatan membeli ekuiti bersih di Bursa Malaysia bernilai RM244.6 juta selepas membuat jualan bersih secara ringkas pada minggu sebelumnya.
Pelabur runcit tempatan meneruskan ekuiti jualan bersih berjumlah RM48.4 juta.
“Dari segi pergerakan pelabur, terdapat penurunan dalam purata nilai dagangan harian (ADTV) dalam kalangan pelabur asing(19.6%).
"Sementara itu, pelabur runcit tempatan dan pelabur institusi tempatan menyaksikan peningkatan dalam ADTV masing-masing sebanyak 2% dan 1.8%,” katanya.- DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/vAZK4GjRvLU.jpg?itok=c02IyHEQ","video_url":"https://youtu.be/vAZK4GjRvLU","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}