Penampilan sulung Autoris di Pasaran LEAP Bursa Malaysia catat 20 sen, naik 100% | DagangNews Skip to main content

Penampilan sulung Autoris di Pasaran LEAP Bursa Malaysia catat 20 sen, naik 100%

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 10 Okt - Autoris Group Holdings Berhad membuat penampilan sulung di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini. 


 
Pada pukul 11 pagi, sahamnya naik 20 sen kepada 30 sen, daripada harga tawaran permulaan 10 sen sesaham, dengan 60,000 saham diurus niaga.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata permodalan pasaran Autoris ialah kira-kira RM74.42 juta dengan harga pembukaan 20 sen.

 

"Pada masa ini, ibu pejabatnya terletak di Wisma Trax di Kuala Lumpur, dengan rancangan untuk pejabat baharu di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak," katanya.

 

Kumpulan tersebut menawarkan pelarasan kehilangan motor dan bukan motor perkhidmatan untuk individu yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan kepada penanggung insurans pihak ketiga. 

 

Selain itu, Autoris menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkaitan tuntutan atau kemalangan dan menyediakan penyelaras laporan. 

 

Laporan penyelaras juga termasuk anggaran dan syor untuk kos tuntutan yang akan dibayar balik oleh syarikat insurans kepada memulihkan barang yang rosak kepada keadaan asal.

 

Autoris juga berkata, laporan penyelaras diperlukan untuk penyerahan tuntutan insurans kepada syarikat insurans dan untuk memastikan pihak yang menuntut diberi pampasan yang adil oleh syarikat insurans.

 

Pengarah Urusan Autoris, Low Kai Sein berkata, penyenaraiannya di Pasaran LEAP akan menampung pelan pengembangan syarikat serta pembukaan pejabat baharu di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak bagi memenuhi keperluan untuk pertumbuhan jangkaan panjang. 

 

WYNCORP Advisory Sdn Bhd ialah penasihat yang diluluskan dan penasihat berterusan bagi menguruskan penyenaraian Autoris.- DagangNews.com