Petra Energy raih beberapa kontrak perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Sarawak | DagangNews Skip to main content

Petra Energy raih beberapa kontrak perkhidmatan penyelenggaraan luar pesisir Sarawak

Gambar hiasan dari The Borneo Post
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 6 Jan - Petra Energy Bhd menerima beberapa kontrak berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan, pengekodan (MCM) dan penyambungan dan pentauliahan luar pesisir (HUC).

 


Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, anak syarikat milik penuhnya, Petra Resources Sdn Bhd (PRSB) menerima kontrak mengenai penyediaan perkhidmatan MCM luar pesisir Pan-Malaysia dan HUC daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

 


“Kontrak itu melibatkan penyediaan perkhidmatan MCM dan HUC di Sarawak selama lima tahun dari tarikh berkuat kuasa dengan pilihan lanjutan yang ditetapkan.

 

Dalam satu kenyataan berasingan, Petra Energy berkata, PRSB juga turut dianugerahkan kontrak daripada SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc, JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Ltd dan ROC Oil (Sarawak) Sdn Bhd (Minyak ROC).

 

"Kontrak  penyediaan perkhidmatan MCM dan HUC luar pesisir Pan-Malaysia ini juga mengambil tempoh lima tahun dari tarikh berkuat kuasa. 

 

"Menerusi kontrak itu, PRSB akan menyediakan perkhidmatan MCM dan HUC kepada JX Nippon, ROC Oil dan SapuraOMV di Sarawak," katanya. - DagangNews.com