KUALA LUMPUR 3 Jan - Pinjaman sektor perbankan diunjur berkembang sekitar 6% pada 2025 walaupun berdepan situasi ketidaktentuan dalam pasaran perdagangan asing, kata Kenanga Research.
Katanya, pada November 2024, pinjaman sistem meningkat sebanyak 5.8%, berada dalam sasaran 5.5% hingga 6% bagi 2024.
Firma penyelidikan itu berkata, sokongan berterusan daripada gadai janji kediaman (+7%) dan sewa beli (+8.7%) menjadikan pinjaman isi rumah kekal pada +6.1%, sementara pinjaman perniagaan meningkat 5.4% pada sektor perkhidmatan kewangan (+16.5%) dan keperluan modal kerja (+5.9%).
"Kadar dasar semalaman (OPR) dijangka kekal stabil pada 3% kerana Bank Negara Malaysia (BNM) melihat sasaran inflasi berada antara 2% hingga 3.5% dengan rasionalisasi subsidi RON95 masih belum diketahui," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Kenanga Research berkata, walaupun mereka melihat keseluruhan permohonan meningkat sebanyak 12% dari tahun ke tahun tetapi pada masa sama merosot 12% bagi asas bulan ke bulan disebab permohonan tertangguh pada Oktober 2024.
Katanya, permohonan perniagaan kekal perlahan berikutan modal kerja mampu bertahan sendiri tetapi tidak akan menyaksikan menyaksikan pertumbuhan dalam hartanah kediaman dan sewa beli kerana pembeli rumah biasanya meningkat sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.
"Bagaimanapun, kami mendapati penurunan berturut-turut dalam kadar kelulusan kepada 53.3% (Oktober 2024: 53.6%, November 2023: 54.8%) boleh menjadi relatif disebabkan jumlah yang lebih tinggi yang diproses pada bulan tersebut," katanya.
Firma penyelidikan itu berkata, nisbah kerugian terjejas kasar (GIL) industri terus menyusut kepada 1.51% (Oktober 2024: 1.53%, November 2023: 1.69%), yang juga berlaku selepas kebanyakan bank menggunakan sepenuhnya tindanan berkaitan pandemik bagi mencadangkan persekitaran kualiti aset yang lebih organik dengan perlindungan kerugian pinjaman (LLC) industri kekal stabil pada 91.2% (Oktober 2024: 91.2%, November 2023: 92.9%).
"Semakan saluran dengan bank tidak menunjukkan keinginan untuk melonggarkan piawaian kelulusan pinjaman kerana penekanan terhadap pendapatan mampan dan kualiti buku kekal," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "overweight" untuk sektor perbankan.- DagangNews.com