Red Box Karaoke Malaysia rai ulang tahun ke-25 dengan pelancaran Kad VISA Ahli Baharu | DagangNews Skip to main content

Red Box Karaoke Malaysia rai ulang tahun ke-25 dengan pelancaran Kad VISA Ahli Baharu

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 21 Jan - Red Box Karaoke Malaysia melancarkan Kad Ahli Baharu Red Box Karaoke iaitu REDPAY VISA CARD, sebagai inisiatif khas untuk menambah baik pengalaman karaoke bagi pelanggan setia sambil menawarkan manfaat dan ganjaran eksklusif dengan kerjasama program kesetiaan Rewardslink.

 

Rewardslink ialah program ganjaran dan penebusan serta-merta yang menambah baik program kesetiaan Red Pay. 

 

Dari 10 Januari 2025 hingga 3 Mac 2025, setiap kad keahlian Red Box yang dibeli akan serta-merta menerima 25 mata ganjaran, sempena meraikan ulang tahun ke-25 Red Box Karaoke.

 

Kad VISA Ahli Baharu Red Box Karaoke - REDPAY ialah kad kesetiaan dan pembayaran semua dalam satu yang membolehkan ahli menikmati pelbagai keistimewaan menarik di semua cawangan Red Box Karaoke di seluruh negara.

 

Dengan kad itu, pelanggan akan menikmati diskaun istimewa, hadiah hari jadi, tempahan diutamakan bagi bilik karaoke tersendiri, akses eksklusif ke acara khas untuk ahli dan keupayaan mengumpul mata untuk setiap transaksi yang boleh digunakan untuk mendapatkan potongan 10% bagi perbelanjaan bil yang seterusnya.

 

Sejak ditubuhkan pada 2000, Red Box Karaoke mempelopori dunia hiburan karaoke Malaysia, menawarkan kemudahan terulung serta persekitaran menarik dan menyeronokkan untuk semua peringkat usia. 

 

redbox

 

Red Box Karaoke juga merancang untuk menganjurkan satu siri acara sambutan sepanjang tahun, termasuk persembahan eksklusif, pemberian hadiah dan promosi istimewa.

 

Pelancaran Kad VISA Ahli Baharu hanya satu daripada pelbagai cara Red Box merakamkan penghargaan kepada pelanggan setianya kerana memberikan sokongan berterusan.

 

Pengurus Besar Red Box Karaoke Malaysia, Terry Swee berkata, menerusi pengenalan Kad VISA Ahli Baharu, pihaknya menawarkan sesuatu yang istimewa kepada ahli-ahli sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka selama ini.

 

"Selama ini, Red Box menjadi lokasi pilihan pelanggan meluangkan masa bersama sambil berkongsi minat terhadap muzik dan nyanyian. 

 

"Kami berharap untuk menawarkan 25 lagi tahun penuh keseronokan, muzik dan kenangan indah bagi semua pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan. - DagangNews.com