Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO | DagangNews Skip to main content

Shazalli Ramly dilantik sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik PMO

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 15 Okt – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik berkuatkuasa 14 Oktober 2024.

 

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Penasihat Media dan Komunikasi Strategik berkuatkuasa 14 Oktober 2024 bagi menggantikan Allahyarham Rozaid Rahman.

 

“Beliau yang ketika ini berkhidmat sebagai Penasihat Media Khazanah Nasional Berhad akan turut memantau urusan media dan komunikasi Perdana Menteri.

 

“Beliau juga akan ditugaskan untuk menambahbaik pelaksanaan kempen Malaysia Madani,” kata kenyataan PMO itu pada Selasa.

 

Mohammed Shazalli, 63, memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington, AS. 

 

Beliau sebelum ini adalah bekas Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holdings Bhd dari Disember 2020 hingga Disember 2022.

 

Sebelum itu beliau adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telekom Malaysia Bhd (TM) dari April 2017 dan Jun 2018.

 

Kemudian beliau adalah CEO serantau dan Naib Presiden Eksekutif Korporat Axiata Group Bhd dari September 2016 hingga Mac 2017; CEO Celcom Axiata (2005-2016); CEO di stesen televisyen NTV7 (1998-2005); dan menjadi ahli lembaga pengarah AirAsia X.

 

    Mohammed Shazalli memegang Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Sains (Pemasaran) daripada Indiana University Bloomington, AS. - DagangNews.com