Sunzen Biotech rancang lupus tanah bernilai RM18 juta di Kota Kemuning, Shah Alam | DagangNews Skip to main content

Sunzen Biotech rancang lupus tanah bernilai RM18 juta di Kota Kemuning, Shah Alam

Gambar hiasan dari laman web rasmi Sunzen Group
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 Sept - Sunzen Biotech Bhd merancang untuk melupuskan tanah dan kilangnya di Kota Kemuning, Shah Alam dengan anggaran nilai pasaran antara RM16 juta dan RM18 juta.

 

Pengerusi Eksekutif, Ching Chee Pun berkata syarikat itu menyasar untuk mengumpul modal tambahan bagi menyokong pengembangan anak-anak syarikatnya dalam produk kesihatan (Ecolite) dan perkhidmatan kewangan (Finsource Credit).

 

“Kami memerlukan lebih banyak modal bagi mengembangkan perniagaan, sebab itu kami bercadang untuk menjual salah satu kilang berikutan pemberhentian perniagaan penjagaan kesihatan haiwan kami.

 

"Kilang itu dianggarkan bernilai kira-kira RM16 juta hingga RM18 juta. Sekiranya kami meneruskan penjualan, hasilnya akan dilaburkan dalam perniagaan pinjaman wang kami," katanya.

 

Sunzen Biotech terlibat dalam pembuatan dan penjualan produk penjagaan kesihatan dan juga menjalankan perniagaan pinjaman wang, khususnya pinjaman kepada perusahaan kecil dan sederhana.

 

Pada 29 Ogos, Sunzen Biotech memaklumkan Bursa Malaysia bahawa lembaga pengarah meluluskan laporan penilaian untuk hartanah yang dipegang oleh anak syarikatnya pada 28 Ogos 2024. Lebihan penilaian semula sebanyak RM9.87 juta akan dimasukkan ke dalam keputusan kewangan belum diaudit kumpulan bagi suku berakhir 30 Jun 2024.

 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia pada 29 Ogos 2024, lembaga pengarah syarikat meluluskan laporan penilaian hartanah yang dipegang oleh anak syarikatnya pada 28 Ogos 2024. 

 

Menurut laporan itu, lebihan penilaian semula sebanyak RM9.87 juta akan dimasukkan ke dalam keputusan kewangan belum diaudit kumpulan bagi suku berakhir 30 Jun 2024 (4QFY24).- DagangNews.com