Trash4cash mudahkan aktiviti kitar semula berasaskan digital, kutipan rumah ke rumah | DagangNews Skip to main content

Trash4cash mudahkan aktiviti kitar semula berasaskan digital, kutipan rumah ke rumah

Trash4cash menyediakan khidmat kutipan kitar semula rumah ke rumah.
Oleh Zaki Salleh

IPOH 11 Okt - Syarikat Wastetowealth Holdings (M) Sdn. Bhd., pemegang jenama Trash4cash telah membangunkan satu ekosistem kitar semula yang inklusif bagi memastikan kelestarian.

 

Melalui anak syarikatnya, Trashforcash Enviro (M) Sdn. Bhd. (T4CE) yang berpusat di Ipoh telah melaksanakan aktiviti kitar semula berasaskan aplikasi digital Trash4cash berkonsepkan kitar semula di hujung jari.

 

Kaedah ini menawarkan perkhidmatan kutipan bahan kitar semula dari pintu ke pintu dan pembayaran secara dalam talian. 

 

Pengerusi Trash4cash, Ir. Mhd Saiful Anuar Zainal, melalui aplikasi Trash4cash penduduk boleh mengakses maklumat seperti harga semasa bagi belian bahan kitar semula, berat timbangan mengikut kategori dan status pembayaran.

 

Perak
Ir. Mhd Saiful Anuar Zainal.

 

Katanya, ini termasuk jumlah sumbangan pengurangan pelepasan gas karbon dioksida hasil daripada aktiviti kitar semula yang dilaksanakan. 

 

“Tahun lalu jumlah kutipan pintu ke pintu tahun sebanyak 49,820 kilogram (kg) dengan purata jumlah kutipan 4,150kg sebulan. 

 

“Pada Mac tahun lalu juga, Trash4cash dan Majuperak Utilites Management Sdn. Bhd. (MUMSB) iaitu vendor kutipan sampah pihak berkuasa tempatan di Perak termasuk Ipoh telah membangunkan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTRec) yang pertama dan telah ditempatkan di Padang Lintau Manjoi.

 

“Kutipan di ADTReC yang bermula pada penghujung Mac 2023 berjumlah 3,7800 kg dengan purata 420kg sebulan.

 

Perak

 

“Secara keseluruhan Trash4cash telah membuat bayaran berjumlah RM25,900 setahun kepada penduduk untuk sampah yang dikitar semula ini,” ujarnya kepada Dagang News.

 

Jelas Mhd Saiful Anuar, jumlah kutipan pintu ke pintu pada tahun ini menunjukkan peningkatan sebanyak 33%, manakala bagi DTReC adalah 19% berbanding tahun lalu.

 

Angka tersebut direkod sepanjang pada penggal pertama tahun ini.

 

“Bagi permulaan, pihak MUMSB dan Trash4cash mensasarkan kepada peningkatan kesedaran awam dan jumlah pendapatan yang dapat dikumpulkan digunakan bagi tujuan kempen dan promosi. 

 

Perak

 

Perak

 

“Peningkatan kepada aktiviti kitar semula ini memberikan impak yang positif daripada aspek kelestarian alam sekitar dan memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan,” ujarnya.

 

Sehubungan itu bilangan ADTReC di lokasi-lokasi yang strategik akan ditambah untuk memudahkan masyarakat mengamalkan amalan kitar semula dan mendapatkan ganjaran.  - DagangNews.com