KUALA LUMPUR 19 Dis - U Mobile sekali lagi dianugerahkan sebagai Syarikat Terbaik Malaysia 2024 oleh Frost & Sullivan atas usahanya memperluaskan rangkaian teknologi 5G serta memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran telekomunikasi negara.
Pengiktirafan berkenaan diberi berdasarkan komitmen U Mobile yang menawarkan sambungan internet pantas dan berdaya tahan, terutama di Malaysia Timur, melalui pelan-pelan inovatif seperti U Borneo yang menyediakan sehingga 2,000 GB data 5G pada harga serendah RM15 sebulan.
Inisiatif itu bertujuan mengurangkan jurang digital serta menyokong agenda digitalisasi negara.
U Mobile sentiasa memberikan nilai terbaik menerusi harga yang berpatutan dalam pelbagai produk walaupun menghadapi cabaran pasaran.
Ia yang terbukti dengan peningkatan pendapatan pelanggan pascabayar dan pelanggan jalur lebar.
Untuk perusahaan, U Mobile membina portfolio tawaran produk yang mengambil kira keperluan perniagaan besar dan kecil.
Antaranya, adalah roaming antarabangsa percuma setiap bulan yang dihadkan hanya selepas 15 GB dan panggilan masuk dari 63 destinasi, membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terus berhubung dengan rakan kongsi tanpa menanggung tuntutan perjalanan yang tinggi.
Tawaran perkhidmatan perusahaan inovatif lain termasuk tawaran U Biz Fibre 10Gbps, yang menyediakan sambungan tanpa gangguan dengan DNS selamat percuma.
Sebagai pelan fiber perniagaan terpantas di Malaysia, U Biz Fibre 10Gbps sejajar dengan cita-cita U Mobile untuk mendorong digitalisasi bagi perusahaan dengan menyediakan pelan yang direka untuk menangani tugas-tugas yang memerlukan data yang banyak, menyokong teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan media definisi tinggi.
Selain itu, dengan memanfaatkan rangkaian dan teknologi baharu, U Mobile juga memiliki portfolio rumusan perusahaan yang membantu peralihan digital bagi perniagaan seperti perkhidmatan akses internet U Biz (DIA), U Biz P2P (point-to-point), dan U Biz Private Network.
Pengarah Penyelidikan ICT di Frost & Sullivan, Mei Lee Quah berkata, U Mobile menunjukkan usaha dan dedikasi dalam membentuk masa depan digital bersama perusahaan dan menyokong hasrat Malaysia untuk menjadi negara digital.
"Inisiatif U Mobile bukan sahaja memberikan kesan besar kepada pengguna, tetapi juga membantu negara mencapai status yang lebih maju secara digital dan berteknologi tinggi," katanya dalam satu kenyataan.
Anugerah tahunan Frost & Sullivan itu diberikan kepada organisasi yang menunjukkan kecemerlangan dalam strategi pertumbuhan, inovasi teknologi dan nilai pelanggan.
U Mobile, melalui prestasi kukuh dan pendekatan inovatifnya, terus mencipta kelebihan daya saing dalam industri perkhidmatan mudah alih Malaysia.
Dengan usaha yang berterusan untuk meneroka potensi teknologi baharu, U Mobile berada di landasan untuk menjadi peneraju utama dalam mempercepatkan pertumbuhan digital di Malaysia. - DagangNews.com