UOB Malaysia tandatangani MoU dengan SCCCI dan ACCCIM perkukuh kerjasama perniagaan rentas sempadan | DagangNews Skip to main content

UOB Malaysia tandatangani MoU dengan SCCCI dan ACCCIM perkukuh kerjasama perniagaan rentas sempadan

Dari kiri, Presiden SCCCI, Kho Choon Keng; Timbalan Pengerusi dan CEO UOB, Wee Ee Cheong; Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong; CEO UOB Malaysia, Ng Wei Wei; dan Presiden ACCCIM, Datuk Ng Yih Pyng semasa majlis pemeteraian MoU di Singapura.
Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 17 Jan - UOB Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Singapore Chinese Chamber of Commerce and Industry (SCCCI) dan Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) di Singapura bagi memperkukuh kerjasama perniagaan merentas sempadan.

 

Kerjasama itu juga membolehkan semua pihak memanfaatkan peluang pertumbuhan di Asia Tenggara, dengan tumpuan khas kepada Singapura, Malaysia dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

 

Majlis pemeteraian MoU tersebut disaksikan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, di Singapura, semalam.

 

Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, dengan Malaysia memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini, UOB Malaysia komited untuk membantu perniagaan tempatan menghubungkan peluang di JS-SEZ dan seluruh ASEAN, memacu pertumbuhan mampan serta mengukuhkan peranan Malaysia dalam kemajuan ekonomi serantau.

 

"Kerjasama dengan SCCCI dan ACCCIM juga menandakan satu lagi pencapaian dalam perjalanan UOB Malaysia untuk menyokong pertumbuhan negara selama lebih 70 tahun," katanya dalam satu kenyataan. - DagangNews.com