KUALA LUMPUR 26 Nov - WCT Holdings Bhd mencatatkan hasil sebanyak RM437 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2024 (3QFY24).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, ia mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM173 juta.
"Kumpulan juga mencatatkan hasil dan untung pemegang ekuiti, masing-masing pada RM1.28 bilion dan RM221 juta.
"Bahagian kejuruteraan dan pembinaan kumpulan mencatat keuntungan operasi yang lebih baik sebanyak RM35 juta pada 3QFY24, meningkat daripada RM18 juta pada 3QFY23.
“Bagaimanapun, hasil 3QFY24 menurun kepada RM700 juta daripada RM928 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya disebabkan kemajuan pembinaan yang lebih perlahan.
"Bahagian pembangunan hartanah kumpulan mencatatkan hasil dan keuntungan operasi yang lebih tinggi masing-masing sebanyak RM384 juta dan RM37 juta.
"Peningkatan dalam kedua-dua hasil dan keuntungan operasi pada 3QFY24 didorong oleh jualan dan pengebilan hartanah yang lebih tinggi.
Sehingga kini, jualan belum dibil kumpulan berjumlah RM1.04 juta.
Pengarah Urusan Kumpulan WCT Holdings Bhd, Datuk Lee Tuck Fook berkata, walaupun keadaan pasaran yang mencabar, segmen pembangunan hartanah kumpulan menunjukkan daya tahan.
“Bahagian pelaburan dan pengurusan hartanah melaporkan hasil dan keuntungan operasi yang lebih tinggi iaitu RM197 juta dan RM284 juta.
"Pertumbuhan hasil dalam 3QFY24 didorong oleh peningkatan dalam kadar penghunian dan kadar sewa pusat beli-belah dan hotel," katanya. - DagangNews.com