Theta Edge raih kontrak bernilai RM47.4 juta daripada Kementerian Pendidikan sewa komputer riba kepada guru di Selangor | DagangNews Skip to main content

Theta Edge raih kontrak bernilai RM47.4 juta daripada Kementerian Pendidikan sewa komputer riba kepada guru di Selangor

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Sept - Theta Edge Berhad menerusi Theta Technologies Sdn. Bhd. berjaya meraih kontrak bernilai RM47.4 juta daripada Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menyewakan komputer riba kepada guru di Selangor.

 

Kumpulan itu berkata, mereka menerima surat anugerah pada 14 September bagi perkhidmatan sewaan komputer riba mesra alam yang memenuhi keperluan hijau secara sewa milik untuk keperluan guru di sekolah dan institusi pendidikan melibatkan negeri negeri Zon 1 iaitu Selangor.

 

Katanya, kontrak tersebut adalah untuk tempoh 63 bulan bermula 15 September 2023 hingga 14 Disember 2028.

 

"Kontrak itu merangkumi tempoh tiga bulan bagi pembekalan pembekalan, pemasangan, ujian dan pentauliahan perkakasan serta 60 bulan untuk pajakan komputer riba.

 

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan 2023," katanya.

 

Tiada risiko penting selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan kontrak ini.

 

Tiada Pengarah dan/atau pemegang saham utama atau orang yang berkaitan dengan pengarah tersebut dan/atau pemegang saham besar mempunyai sebarang kepentingan langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu. - DagangNews.com