Tiang ‘mast’ KD Maharaja Lela dipasang, kapal dijangka turun ke air tidak lama lagi | DagangNews Skip to main content

Tiang ‘mast’ KD Maharaja Lela dipasang, kapal dijangka turun ke air tidak lama lagi

LCS KD Maharaja Lela siap dipasang tiang 'mast' iaitu bahagian modul sensor utama.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 20 Mei - Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) KD Maharaja Lela yang penuh kontroversi akibat kelewatan kini menunjukkan petanda positif apabila bahagian modul sensor utama kapal telah mula dipasang.

 

Ini merupakan bahagian terpenting pada kapal kelas Gowind kerana bahagian modul sensor itu umpama nadi dan penderia kapal.

 

Radar dan penderia lain dipasang pada satu tiang bersepadu (mast) sekali gus membolehkan pandangan pada sudut 360 darjah.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7371016004308143368.jpg?itok=c-7IIMKZ","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7371016004308143368?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

 

 

Rekaan sensor Gowind oleh Naval Group menggabungkan tiang bersepadu lengkap dengan radar utama (radar 3D Thales Smart-S Mark 2) dan semua penderia lain.

 

Kapal
Kapal Gowind El Fateh milik Mesir.
 

 

Kapal
Sistem PSIM menggabungkan tiang bersepadu dengan bilik kawalan pengurusan tempur.

 

Sistem ini dikendalikan melalui bilik operasi dan petak peralatan yang diintegrasikan di dalam satu modul.

 

Keseluruhan modul sensor ini dipanggil Panoramic Sensors and Intelligence Mast (PSIM).

 

Ini merupakan inovasi firma DCN yang mana rekaan PSIM meningkatkan keupayaan tempur kapal.

 

Rekaan ini menjadikan sistem radar dan sensor kapal Gowind tidak memiliki titik buta.

 

Walau pun pihak Lumut Naval Shipyard (Lunas) tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung fasa semasa LCS, tetapi ia dapat dilihat menerusi foto-foto terkini yang disiarkan dalam laman Facebook syarikat tersebut.

 

Kapal
Kapal Gowind pertama Mesir semasa dilancarkan pada 2016 tanpa tiang 'mast'.

 

Kapal

 

Berdasarkan fasa ini menunjukkan progres pembinaan LCS oleh pihak Lunas berjalan sepertimana komitmen yang diberikan kepada kerajaan.

 

Mengikut jangkaan sebelum ini LCS pertama akan diturunkan ke permukaan air pada pertengahan tahun ini iaitu pada Mei atau Jun.

 

Sebaik berada pada permukaan air, kapal berkenaan akan menjalani beberapa ujian pemasangan sistem dan peralatan.

 

Selepas itu, tempoh 22 bulan penilaian dilakukan sebelum LCS beroperasi sepenuhnya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dijangka pada penghujung 2026.

 

Sekiranya berjalan lancar, lapan bulan berikutnya TLDM akan menerima LCS kedua dengan kapal terakhir pada April 2029.

 

Kapal
Ahli Lembaga Pengarah Lunas, Dato' Andri Aidham (dua dari kiri) semasa melawat limbungan Lunas di Lumut.
 

 

Kapal

 

Kesemuanya sebanyak lima buah LCS perlu disiapkan Lunas daripada perancangan asal enam buah kapal.

 

Semasa pelancaran LCS di Lumut, Perak pada 2017, kapal itu siap dipasang dengan tiang ‘mast’ yang memberikan gambaran seolah-olah kapal tersebut telah hampir siap.

 

Selepas dilancarkan kapal bagaimana pun dibawa masuk le dalam limbungan manakala bahagian tiang mast dibuka.

 

Walaupun kapal yang dirasmikan itu adalah LCS sebenar tetapi proses pembinaannya kemudian diketahui masih belum sempurna. 

 

Kapal
KD Maharaja Lela semasa dilancarkan pada 2017 dengan tiang 'mast' walaupun kapal belum siap sepenuhnya.

 

Projek LCS menjadi tumpuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kelewatan dan lebihan kos, dengan bajet awal RM6 bilion meningkat kepada RM9.18 bilion dan akhirnya mencecah RM11.22 bilion.

 

Sehingga kini kerajaan telah membayar RM7.02 bilion atau 62.49% daripada jumlah kos projek mengikut kontrak yang ditetapkan.

 

Kelewatan yang berpanjangan menyebabkan kerajaan campur tangan dan memperoleh Boustead Naval Shipyard pada harga RM1 melalui syarikat tujuan khas Kementerian Kewangan, Ocean Sunshine Bhd.

 

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dalam kenyataan pada 9 Oktober tahun lalu bimbang dengan progres pembinaan LCS yang perlahan.

 

PAC memaklumkan tiada kemajuan bagi pembinaan LCS sejak lawatan pada 11 Disember 2021 hingga lawatan pada 10 Jun 2023.

 

Kapal

 

Namun, tempoh masa bagi pembinaan lima LCS akan dilanjutkan lagi kepada tempoh 83 bulan dan semua kapal terbabit akan diperoleh TLDM pada 2029.

 

Perubahan itu juga tidak lagi seperti kontrak asal sebelum ini iaitu semua kapal terbabit perlu diserahkan pada tahun 2022. - DagangNews.com

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/Nqg3Z-vhvbY.jpg?itok=E-ARjMKt","video_url":"https://youtu.be/Nqg3Z-vhvbY","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}