Tiga cara pemimpin dalam media dan hiburan boleh memanfaatkan AI Generatif | DagangNews Skip to main content

Tiga cara pemimpin dalam media dan hiburan boleh memanfaatkan AI Generatif

Oleh Patrick Wee, Pengurus Negara, Malaysia, Google Cloud

ERA digital telah mengubah formula tradisional untuk kejayaan dalam industri media dan hiburan, melalui cara kandungan dihasilkan, diedarkan, dialami dan menjadi sumber hasilkan kewangan atau monetised.

 

Hari ini, hampir 3 daripada 5 pengguna di Malaysia menggunakan platform video atas permintaan dan hampir separuh telah menggunakan perkhidmatan muzik atas permintaan.

 

Dengan khalayak kini mempunyai lebih banyak pilihan, fleksibiliti dan kuasa ke atas apa yang mereka gunakan, syarikat-syarikat media mesti menerima transformasi yang berterusan, atau mengambil risiko untuk ditinggalkan.

 

Gelombang transformasi baharu telah tiba dengan AI generatif, sejenis kecerdasan buatan (AI) yang boleh berinteraksi dengan pengguna dalam bahasa semula jadi dan mencipta data baharu, daripada rangka cerita, laporan dan output teks lain, kepada kandungan berbilang mod seperti imej, video, dan audio.

 

Media dan hiburan adalah sebati dengan penciptaan kandungan dan kreativiti, jadi apakah maksud teknologi baharu ini untuk industri tersebut?


 

patrick wee
                        PATRICK WEE

 


Industri ini merangkumi perkhidmatan penstriman langganan over-the-top (OTT), saluran linear 24 jam, siaran sukan secara langsung, kewartawanan digital, penerbitan tradisional, video jana pengguna dalam bentuk pendek dan banyak lagi.

 

Sempadan antara segmen-segmen tersebut semakin kabur – tetapi perkara yang dikongsi kesemuanya adalah tumpuan untuk menyampaikan kandungan dan pengalaman menarik yang boleh diwangkan secara langsung atau tidak langsung.

 

Oleh itu, syarikat-syarikat media boleh melihat aplikasi AI generatif melalui tiga kanta:

 

1. Memperbaiki penciptaan kandungan, pengeluaran dan pengurusan

AI Generatif membuka cara baharu untuk mencipta bahan bertulis, ilustrasi, kesan bunyi, kesan khas dan banyak lagi.

 

Perkembangan terbarunya begitu pesat sehingga ada yang menyuarakan kebimbangan bahawa AI generatif membayangkan penamatan profesion kreatif.

 

Perkara sebaliknya adalah lebih berkemungkinan. Sama seperti fotografi, rakaman audio dan imej yang dijana komputer telah mendayakan mod kreativiti baharu dan bukannya menjadikan mod lama usang, AI generatif akan membolehkan bentuk ekspresi baharu dan meningkatkan yang sedia ada.


 

parafrasa

 


Para wartawan sudah pun menggunakan alat-alat seperti Pinpoint untuk mensintesis dan menganalisis jumlah maklumat yang besar.

 

Mereka boleh menggunakan AI generatif untuk mempercepatkan lagi proses penyelidikan mereka, dan membuat draf awal atau ringkasan kandungan editorial.

 

Pengeluar filem dan televisyen boleh menggunakan teknologi untuk mempercepatkan pasca produksi, dengan antara muka yang didayakan AI baharu untuk melaraskan atau meningkatkan butiran adegan dengan pantas seperti pencahayaan dan warna.

 

Penyiar boleh menggunakan AI generatif untuk menjadikan perpustakaan besar rakaman video boleh dicari dan boleh diakses untuk digunakan dalam menceritakan kisah yang lebih menarik.

 

Jauh daripada menjejaskan profesion kreatif yang luar biasa, AI generatif bersedia untuk membebaskan penulis, artis, editor dan ramai lagi daripada aspek kerja seharian mereka yang membosankan, memperkasakan mereka untuk menumpukan lebih banyak masa mereka untuk menjana kreativiti.

 

2. Meningkatkan dan memperibadikan pengalaman khalayak

Bagi kebanyakan pengguna, kos untuk beralih kepada platform kompetitif adalah sangat rendah. Ini memberi tekanan kepada syarikat-syarikat media untuk melabur dalam menyampaikan pengalaman khalayak yang lancar dan menarik untuk mengurangkan pergolakan pelanggan.

 

AI Generatif boleh membantu syarikat media melibatkan dan mengekalkan penonton, contohnya, dengan mendayakan carian dan pengesyoran yang lebih berkuasa pada platform kandungan digital mereka.


 

parafrasa

 


Dengan keupayaan multimodalnya yang semakin meluas daripada bahasa semula jadi kepada kandungan audio dan video, AI generatif berada pada kedudukan yang baik untuk memperkasakan pengalaman khalayak yang lebih diperibadikan.

 

Pengguna sering tertakluk kepada "paradoks pilihan" - atau ketidakupayaan mereka untuk mencari sesuatu yang menarik untuk ditonton pada platform penstriman yang mempunyai perpustakaan kandungan yang sangat luas yang tersedia atas permintaan.

 

Bayangkan masa depan yang tidak terlalu jauh di mana pengguna hanya boleh bertanya platform kandungan yang mereka gunakan untuk membantu mereka mencari rancangan khusus untuk ditonton berdasarkan mood, jenis adegan tertentu, gabungan pelakon, pencalonan anugerah atau hampir apa sahaja yang mereka boleh fikirkan untuk bertanya.

 

Dan itu hanyalah permulaannya – bayangkan potensi AI generatif untuk menyusun dan mengatur kandungan diperibadikan untuk dialami oleh penonton.

 

3. Meningkatkan monetization

Memandangkan penggunaan kandungan semakin berkembang daripada pengaturcaraan televisyen linear untuk memasukkan tawaran digital merentas lebih banyak platform, peranti dan jenis kandungan, syarikat-syarikat media menghadapi cabaran untuk mengekalkan dan meningkatkan sumber hasilkan kewangan mereka.

 

AI Generatif boleh digunakan untuk memacu pertumbuhan hasil pengiklanan melalui iklan yang lebih disasarkan, kontekstual dan diperibadikan.

 

Bayangkan iklan paparan dan video dijana dengan cepat untuk memperibadikan butiran, pemesejan, gaya, warna dan ciri-ciri lain produk yang tidak terkira banyaknya. Ini akan mendorong penglibatan yang lebih tinggi, kadar klik lalu dan hasil pengiklanan setiap tera.


 

parafrasa

 


Langkah seterusnya dalam menggunakan AI yang berkuasa dan bertanggungjawab

Google Cloud mempunyai sejarah yang panjang dengan model bahasa yang besar, daripada pengaruhnya dalam mengubah dokumen menjadi data berstruktur yang disokong oleh AI, kepada inovasi baharu yang membolehkan perniagaan mengakses model asas AI generatif dan membina bot sembang dalam beberapa minit.

 

Kami komited untuk bekerjasama dengan industri untuk membangunkan penyelesaian AI sedia perusahaan yang dipercayai dan bertanggungjawab.

 

Dengan AI generatif yang semakin meningkat, tiada masa yang lebih baik daripada sekarang untuk syarikat-syarikat media meneroka cara teknologi boleh membantu mereka kekal lebih relevan dan memacu hasil yang bermakna. - DagangNews.com