TikTok lancar kempen #ItStartsOnTikTok | DagangNews Skip to main content

TikTok lancar kempen #ItStartsOnTikTok

#ItStartsOnTikTok

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Aplikasi video pendek, TikTok melancarkan kempen #ItStartsOnTikTok bagi meraikan trend, cerita (stories), lagu dan perbualan yang bermula di aplikasi berkenaan.

Ketua Pemasarannya, TikTok Malaysia, Loh Kai Zhi berkata, kempen berkenaan akan mengukuhkan lagi peranan TikTok sebagai platform yang melahirkan budaya oleh seluruh pengguna di dunia termasuk Malaysia.

"Dengan kempen ini, kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk berkongsi perjalanan TikTok mereka dengan kami dan bagaimana ia mengubah kehidupan mereka.

"Dengan perkongsian itu juga, ia boleh mendorong pengguna lain untuk mencuba dan memanfaatkan kelebihan yang ada pada TikTok seperti penciptaan, hiburan, pembelajaran dan banyak lagi," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

TikTok adalah aplikasi dan platform utama untuk perkongsian video pendek yang mengetengahkan kreativiti sekali gus memberi kegembiraan kepada pengguna.

TikTok mempunyai pejabat di peringkat global termasuk Los Angeles, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta , Seoul dan Tokyo.

Aplikasi tersebut mengumpulkan trend yang menghiburkan, memberi inspirasi dan trend yang bermakna di samping perkongsian kenangan hidup dan pencarian bakat baharu.

Pengguna dapat menonjolkan kreativiti dalam kandungan video termasuk budaya, seni, makanan, kecantikan, fesyen dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini, TikTok telah melancarkan kempen #thinkb4udo bagi mempromosikan keselamatan dalam talian dengan mengetengahkan risiko perkongsian kandungan merbahaya dan cara memerangi buli siber.

Tambah Zhi, kempen #ItStartsOnTikTok yang dilancarkan bermula hari ini turut mengajak semua pengguna di Malaysia untuk berkongsi perjalanan dan perkembangan aplikasi TikTok mereka kepada masyarakat umum dan kesannya kepada perubahan kehidupan. - DagangNews.com