Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN
[email protected]
KUALA LUMPUR 6 Jan - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengingatkan orang ramai supaya mengawasi pergerakan jika ada pokok tumbang yang menghempap tiang dan memutuskan wayar elektrik.
TNB menerusi Facebook rasminya memaklumkan, peringatan itu dibuat susulan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi baru-baru ini.
"Hubungi TNB CareLine 15454, Facebook TNB Careline atau pejabat TNB yang berdekatan jika ternampak pepasangan TNB teralih atau tumbang. #StaySafe," katanya.
Berikut adalah soalan lazim dan panduan berhubung TNB;
1. Bagaimana cara untuk menghubungi TNB jika berlakun gangguan bekalan elektrik?
Hubungi TNB CareLine 15454 untuk gangguan bekalan elektrik, masalah lampu jalan raya atau masalah teknikal berkaitan TNB.
2. Bagaimana jika terdapat tiang elektrik tumbang atau wayar elektrik terputus?
Hubungi TNB CareLine 15454, Facebook TNB Careline atau pejabat TNB yang berdekatan jika ternampak pepasangan TNB teralih atau tumbang.
3. Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat akaun dan bil TNB?
Hubungi 1-300-88-5454 berkaitan bil dan akaun pengguna TNB.
4. Bagaimana untuk menyalurkan cadangan atau pertanyaan kepada TNB?
Segala pertanyaan dan cadangan, boleh hantarkan emel ke [email protected] atau melalui Twitter, @Tenaga_Nasional atau hantarkan borang cadangan melalui portal myTNB atau aplikasi TNB. - DagangNews.com