ALOR STAR 19 Ogos - Bagi mengelakkan kemalangan elektrik pasca banjir serta menjamin keselamatan orang awam, pasukan teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terdiri daripada 7 anggota, melakukan kerja-kerja membaik pulih kabel elektrik yang jatuh ditimpa pokok besar dan kayu balak di Sungai Tupah akibat banjir kilat kesan fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai.
Kerja-kerja baik pulih yang bermula seawal jam 8 malam dan berakhir pada jam 11 malam turut mendapat kerjasama pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan Polis DiRaja Malaysia.
Kejadian hujan lebat itu menyebabkan aliran Sungai Merbok dan sekitar Tadahan Air Tupah, Gunung Jerai melimpah ke kawasan berhampiran. - DagangNews.com