TNB Genco & Allo sumbang pek makanan untuk barisan hadapan di PPV | DagangNews Skip to main content

TNB Genco & Allo sumbang pek makanan untuk barisan hadapan di PPV

PETUGAS Tenaga Nasional Berhad menghantar sumbangan makanan di PPV Universiti Malaya dan PPV Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), baru-baru ini.

 

 

KUALA LUMPUR 28 Julai - Demi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan, anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbang pek makanan di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Kuala Lumpur.

 

Melalui inisiatif Tanggungjawab Korporat (CR), TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) menyerahkan 150 pek makanan di PPV di Universiti Malaya (UM) pada 9 Julai 2021 dan 420 pek di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada 14 Julai 2021.

 

Satu lagi anak syarikat milik penuh TNB, Allo Technology Sdn Bhd (Allo) pula menyampaikan 80 pek makanan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai lalu.

 

Sumbangan pek makanan ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan di PPV di saat negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

 

Inisiatif ini juga sebahagian daripada usaha TNB bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) di bawah aspek menyelamatkan nyawa.

 

PPV UM menerima 3,000 penerima vaksin sehari manakala PPV MITEC dan Stadium Nasional Bukit Jalil masing-masing menerima 10,000 orang dalam satu-satu hari. - DagangNews.com