Todak Academy sedia haluan industri animasi kepada pelajar | DagangNews Skip to main content

Todak Academy sedia haluan industri animasi kepada pelajar

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 27 Okt - Todak Academy Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat animasi tempatan dan penstriman dalam talian bagi menjalankan aktiviti bidang teknologi lestari, termasuk menyediakan haluan industri animasi kepada para pelajar akademi berkenaan.

 

Tiga rakan strategik industri terbabit, termasuk Nurflix TV, Red Circle Studio, dan Blindspot Studio.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal Aminuddin berkata, ia menandakan komitmen kerjasama bersama dalam mencapai matlamat berkenaan.

 

"Diharap perancangan yang telah dibuat akan terus dapat dilaksanakan dengan lancar bagi memastikan kesemua pihak mendapat pulangan yang diharapkan.

 

"Selain itu, membantu di dalam pelaksanaan kerjasama rakan strategik antara Todak Academy dan organisasi yang terlibat," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Turut hadir dalam majlis itu, CEO Nurflix TV, Syah Rizal Mohamed; CEO Red Circle Studio, Muhammad Dzahiruddin Ahmad Zabidi dan CEO Blindspot Studio, Lukman Nul Hakim Othman.

 

 

todak

 

 

todak

 

 

Terdahulu, Nurflix TV menyediakan penstriman dalam talian pertama yang memaparkan kandungan Islam di Malaysia manakala, Red Circle Studi terkenal dengan siri animasi tempatan, Robozeta.

 

Baru-baru ini, Blindspot Studio meraih Anugerah Khusus Studio animasi Malaysia dalam animasi 2D dan 3D. - DagangNews.com