Tokocrypto lancar Toko Token (TKO), hibrid CeFi-DeFi & projek mata wang maya pertama Indonesia | DagangNews Skip to main content

Tokocrypto lancar Toko Token (TKO), hibrid CeFi-DeFi & projek mata wang maya pertama Indonesia

 

JAKARTA 12 April /PRNewswire/ - Pada 7 April lalu, Binance Smart Chain (BSC) secara rasmi mula memperdagangkan Toko Token (TKO) khusus yang dibangunkan sendiri, iaitu projek mata wang maya tempatan pertama Indonesia pada Binance Launchpad, sekali gus pelancaran mata wang maya terbesar di seluruh dunia, menurut Tokocrypto.


Mata wang ini dilancarkan dengan $0.1 setiap syiling dengan jumlah bekalan 500 juta saham dan mendayakan urus niaga berkelajuan tinggi dengan bayaran yang rendah. TKO mencatatkan lebihan langganan 201,406 individu dengan sejumlah 10,502,201 BNB pada tarikh pelancaran.

 

TKO menawarkan ciri hibrid unik dengan menggabungkan kelebihan kedua-dua model Kewangan Terpusat (CeFi) dan Kewangan Terpencar (DeFi) yang merupakan yang pertama di Indonesia.

 

"Kelahiran TKO merupakan satu pencapaian yang besar buat kami. Ia akan menjadi instrumen yang paling sesuai untuk membantu warga Indonesia merealisasikan potensi tanpa had yang dapat dicapai oleh kami melalui teknologi rantaian blok," kata Pang Xue Kai, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif platform Tokocrypto.

 

ResearchAndMarkets.com melaporkan pada Disember 2019 bahawa pasaran teknologi kewangan global menunjukkan peningkatan ketara pada tahun 2018, memperlihatkan aplikasi rantaian blok yang lebih besar dalam perkhidmatan kewangan di serata dunia.

 

Kajian berkenaan meliputi negara-negara Asia Tenggara dan ia meramalkan bahawa saiz pasaran rantaian blok akan mencecah US$23.3 bilion menjelang tahun 2023, mewakili CAGR 81% sepanjang tempoh dari tahun 2018 hingga 2023.

 

tko

 

"Era rantaian blok dan mata wang maya kini sudah tiba. Dengan teknologi daripada BSC yang menawarkan perkhidmatan mesra pengguna, ia membolehkan Indonesia yang mempunyai penduduk besar seramai 270 juta orang untuk menikmati sistem kewangan yang setaraf dengan negara-negara maju," kata Kai.

 

Kai menjelaskan bahawa sebagai projek mata wang maya Indonesia tempatan yang pertama, TKO menawarkan model mata wang hibrid. Beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh mata wang ini ialah Token Platform Pertukaran yang menawarkan diskaun bayaran dagangan, hak guguran udara (airdrop), penebusan barangan.

 

TKO boleh digunakan dalam program deposit dan simpanan seperti Deposit TKO, Simpanan TKO dan Wang Tunai Dikembalikan TKO. Di samping itu, sebagai produk DeFi, TKO akan diintegrasikan pada platform DeFi pihak ketiga melalui himpunan perladangan (farming pool), pemberian pinjaman dan banyak lagi. Akhir sekali, Tokocrypto akan mempelopori landskap NFT Indonesia dengan pasaran pertama seumpamanya bagi Indonesia untuk kolektibel digital dan aset kreatif daripada artis-artis muda baru muncul.

 

"Melalui TKO, kami menyasarkan untuk membina "Strategi Indonesia" untuk warga Indonesia yang mana penyelesaian ini dapat mendekati setiap orang di negara ini selain perkhidmatan kewangan am," kata Kai. - DagangNews.com