Top Glove selesaikan 11 petunjuk buruh paksa ILO | DagangNews Skip to main content

Top Glove selesaikan 11 petunjuk buruh paksa ILO

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
[email protected]

 

KUALA LUMPUR 26 April - Top Glove Corp Bhd. telah menyelesaikan kesemua 11 petunjuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai penggunaan buruh paksa. 

 

Penyelesaian bagi kesemua petunjuk itu disahkan oleh firma perunding bebas antarabangsa yang berpangkalan di United Kingdom, Impactt Limited menerusi laporannya bertarikh 22 April 2021 (Khamis). 

 

"Walaupun syarikat telah menyelesaiakan kesemua petunjuk ini, kami memberi jaminan kepada pihak berkepentingan mengenai usaha berterusan kami untuk meningkatkan kebajikan pekerja. 

 

"Kami tetap kekal komited untuk menjadi syarikat terbaik yang kami mampu, dengan memastikan kebajikan, kesihatan, keselamatan, persekitaraan tempat kerja dan tempat tinggal yang berkualiti tinggi untuk 21,000 tenaga kerja," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

Sumber : Top Glove
Sumber : Top Glove Corp. Bhd.

 

 

Sejak Julai 2020, Top Glove meminta Impactt untuk memberi nasihat mengenai langkah-langkah sewajarnya bagi menambah baik dasar dan amalan buruh syarikat tersebut. 

 

Pada Mac 2021, syarikat mempunyai 5 petunjuk ILO mengenai buruh paksa yang berada dalam kategori kuning cair manakala petunjuk dengan 'kemajuan seterusnya' dalam kategori hijau, yang menukkan resolusi penuh dalam petunjuk buruh paksa. 

 

Untuk itu, Top Glove secara efektif telah menyelesaikan kesemua 11 ILO mengenai buruh paksa setakat 22 April 2021.

 

Mac lalu, Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP AS) mendakwa produk tertentu Top Glove dihasilkan menerusi penggunaan buruh paksa dalam 'Customs Bulletin' dan 'Federal Register'.

 

CBP AS juga sudah mengarahkan pihak berkuasa di semua pelabuhan AS mula membuat rampasan sarung tangan pakai buang yang dikeluarkan Top Glove. - DagangNews.com