Transformasi Digital dalam Sektor Pendidikan penting untuk kejayaan pelajar dan guru | DagangNews Skip to main content

Transformasi Digital dalam Sektor Pendidikan penting untuk kejayaan pelajar dan guru

Oleh Maslina Mohamad Nasir, Pengarah Jualan, Ketua Sektor Awam, Lenovo Malaysia

KITA mengiktiraf wawasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam mempertingkatkan sistem Pendidikan kebangsaan di Malaysia.

 

Beberapa bidang penambahbaikan yang dibincangkan baru-baru ini di Parlimen termasuk menaik taraf infrastruktur sekolah, meringankan bebanan tugas berat para guru, dan menambah baik silibus pendidikan. 

 

Sebagai rakan teknologi Pendidikan global, kami yakin bahawa teknologi yang lebih pintar diperlukan untuk sekolah Malaysia bagi merapatkan jurang dalam perjalanan transformasi digital mereka. 

 

Untuk membawa pembelajaran yang berjaya di luar bilik darjah, sekolah perlu mengambil pendekatan holistik yang merangkumi penyelesaian berbilang lapisan, perkakasan baharu yang dipadankan dengan keupayaan teknologi, dan sikap yakin boleh.

 

 

Maslina Mohamad Nasir
                  Maslina Mohamad Nasir

 

 

Oleh itu, di manakah mereka harus bermula?  

 

  • Lengkapi Sekolah dengan Infrastruktur IT yang Tepat  

Sebelum sekolah mula membuat pelaburan dalam peranti, adalah penting bahawa sekolah dilengkapi infrastruktur IT asas seperti kesalinghubungan Internet dan tempat pengecasan.

 

Infrastruktur yang bertepatan akan meningkatkan kejayaan penggunaan teknologi di sekolah dan memperkasakan transformasi digital yang lancar bagi guru dan juga pelajar. 


 

parafrasa

 

 

  • Pastikan Literasi Digital dalam kalangan Guru  

Dalam dunia yang semakin berubah, teknologi akan terus berkembang dan bertambah baik. Para pendidik perlu mengekalkan pengetahuan yang mantap tentang teknologi yang memenuhi keperluan pelajar digital.

 

Sekolah hendaklah mengutamakan latihan literasi digital, yang mencakupi tajuk-tajuk seperti kemahiran digital teras, cara menggunakan penyelesaian perkakas dan perisian, serta trend terkini dalam industri teknologi. 

 

Sebagai rakan yang dipercayai dalam perjalanan transformasi, Lenovo telah mewujudkan program Komuniti EdVision Lenovo di Malaysia dengan matlamat untuk mengasah literasi teknologi dan kemahiran digital dalam kalangan pelajar dan pada masa yang sama menyediakan sumber dan sokongan kepada para guru bagi menyiapkan mereka untuk landskap pendidikan yang lebih bersifat digital.

 

Lenovo juga mengelolakan webinar dan bengkel secara suku tahunan yang direka khusus untuk membantu pelajar dan guru mereka mengharungi kebiasaan baharu.

 

 

parafrasa

 


Antara tajuk yang dirangkumi termasuk kesejahteraan mental dalam era digital dan e-pembelajaran yang berkesan.

 

Setiap satunya menggabungkan aspek tentang bagaimana peranti Lenovo yang dibina untuk bilik darjah maya benar-benar menambah baik pengalaman pembelajaran untuk semua.

 

Para guru di Malaysia boleh mendaftarkan diri menerusi laman web EdVision Community untuk menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut secara percuma.  

 

  • Kurangkan Beban Tugas Berat Para Guru

Beban tugas guru yang kian meningkat merupakan perkara yang semakin membimbangkan sejak bertahun-tahun lamanya.

 

Semasa waktu sekolah, guru menghabiskan sebahagian besar daripada waktu bekerja mereka melaksanakan tanggungjawab menyediakan kertas kerja hinggalah tugasan pentadbiran.

 

Tanggungjawab hari ke hari ini mengambil jumlah masa yang besar, dan boleh menjadi sangat membebankan, serta mengambil alih tugas asas seorang guru, iaitu mendidik para pelajar.  

 

Teknologi mungkin merupakan faktor yang penting dalam mengatasi masalah ini. Menurut kajian tahun 2022 oleh Lenovo dan Google, alat teknologi pendidikan yang bertepatan menjadikan aktiviti pengajaran teras lebih cekap bagi para guru Malaysia.

 

Sejumlah 100% daripada para guru berkata bahawa pengenalan penyelesaian seperti Google Workplace for Education (GWfE) telah membantu mereka dalam menjimatkan masa untuk perancangan, penggredan dan pengajaran pelajaran.

 

 

parafrasa

 

 

Dengan teknologi yang bertepatan, sebanyak 56% daripada para guru menjimatkan masa sebanyak 1-5 jam terhadap aktiviti bukan pengajaran seperti kerja pentadbiran am dan pengurusan sekolah setiap minggu. 

 

Transformasi digital membawa pengertian lebih daripada sekadar teknologi yang memperkasakannya.  Hakikatnya, kejayaan transformasi digital didorong oleh ekosistem kerjasama para pendidik, ibu bapa, para pentadbir sekolah dan rakan teknologi yang mantap. 

 

Tuntasnya, yang lebih diperlukan oleh para pelajar melebihi segala perkara yang lain ialah sentuhan manusia dalam dunia yang semakin berorientasikan digital.  – DagangNews.com