KUALA LUMPUR 21 Feb - Bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia awal pagi ini.
Perkara ini disahkan Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim dalam Facebook rasmi Hanifah.
"Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada penciptaNYA, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah," katanya.
Menurut pernyataan tersebut, pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak.
Jenazah Tun kelak sekembalinya dari KL akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir dan selepas itu akan dibawa je Masjid Demak untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Demak.
Semoga rohnya tempatkan di bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh. - DagangNews.com