KUALA LUMPUR 20 Mei - Tune Protect Malaysia melancarkan produk perlindungan rumah baharu, Home Easy and Home Shield dan termurah dalam pasaran.
Produk ini dapat memberi perlindungan untuk bangunan kediaman dan isi rumah daripada kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir atau paip pecah.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect Malaysia, William Foo berkata, dengan kenaikan harga rumah yang berterusan ditambah dengan kesan pandemi terhadap perbelanjaan peribadi, pelanggan menjadi lebih peka terhadap harga dan akan menghargai peluang untuk penjimatan.
"Kebanyakan pembeli rumah mungkin tidak mengetahui jumlah premium insurans tahunan yang mereka bayar, justeru, saya ingin menggesa mereka supaya mencari potensi penjimatan yang boleh mereka peroleh dengan mendapatkan sebut harga produk baru ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tune Protect Malaysia melancarkan Kempen Jaminan Harga Rendah dan pelanggan boleh membuat perbezaan sebut harga yang lebih murah di pasaran mulai sekarang hingga 31 Ogos 2021.
Home Easy tersedia untuk pembelian pantas dalam talian sementara ejen Tune Protect akan membantu dalam pembelian Home Shield.
Malah, Home Easy turut dengan menawarkan polisi insurans dalam talian paling murah dalam pasaran dengan penjimatan premium lebih daripada 40%.
Kedua-dua produk tersebut akan menawarkan penjimatan premium yang menarik berbanding dengan kadar tarif, sambil memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada pemilik rumah untuk menyesuaikan rancangan mereka dengan tambahan pilihan untuk memenuhi keperluan masing-masing.
Setiap pembelian daripada saluran dalam talian Tune Protect, pelanggan dapat menikmati rebat langsung 15% untuk premium dan memperoleh 5 Mata Ganjaran BIG untuk setiap premium RM1 bagi penebusan hadiah menarik dari senarai rakan gaya hidup BIG Rewards. - DagangNews.com