KUALA LUMPUR 21 Okt - Tune Protect Malaysia (Tune Protect) telah menyerahkan sijil insurans Perlindungan Tenang PA Care kepada penduduk-penduduk orang asli Kampung Sri Broga, Selangor yang terdiri daripada suku kaum Temuan, baru-baru ini.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tune Protect, Jubin Mehta dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) Negeri Selangor, Mohamad Anis Othman, yang turut diiringi Ketua Pegawai Tadbir Urus Kumpulan Tune Protect Berhad, Mohd Yusof Hafiz Mohamad.
Tune Protect dalam satu kenyataan berkata, melalui baucer Perlindungan Tenang yang disediakan oleh kerajaan, lebih 30,000 orang asli di seluruh Malaysia telah mendapat perlindungan Tenang PA Care oleh Tune Protect Malaysia dengan kerjasama pihak JAKOA.
Untuk makluman, Tune Protect ialah syarikat insurans berlesen yang mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia, dan mempunyai ibu pejabat yang terletak secara strategik di Kuala Lumpur.
Syarikat itu menyediakan rangkaian penyelesaian insurans am yang komprehensif melalui pelbagai saluran pengedaran untuk mengimbangi keperluan kumpulan pengguna yang berbeza.
"Kami disokong oleh ejen yang berdedikasi, broker dan pelanggan terus untuk menaja jamin pelbagai kelas insurans am. Produk-produk Tune Protect juga boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih Tune Protect," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tune Protect, sila layari laman web mereka di https://www.tuneprotect.com/. - DagangNews.com