KUALA LUMPUR 28 Feb - Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih (Pakej Perpaduan) yang diumumkan oleh kerajaan kini boleh didapati di U Mobile dengan hanya serendah RM30.
U Mobile dalam satu kenyataan memaklumkan, pelanggan boleh menikmati data sebanyak 30GB pada kelajuan 3 Mbps, selama 180 hari.
Katanya, data 30GB juga boleh digunakan untuk ‘hotspot’ dan untuk semua aplikasi, selain boleh ditindan jika pelanggan mahu membeli semula Pakej Perpaduan.
"Pada harga ini, Pakej Perpaduan membantu memastikan semua rakyat Malaysia terutamanya golongan B40, individu kurang upaya, veteran, warga emas (60 tahun dan ke atas) serta belia (bawah 30 tahun) mendapat akses ketersambungan pada harga yang mampu milik.
"Pelanggan U Mobile yang layak boleh melanggan Pakej Perpaduan melalui aplikasi MyUMobile jika mereka menggunakan Pek Prabayar 5G U Mobile yang terkini," katanya.
Pakej Perpaduan boleh diaktifkan dengan mengikuti langkah berikut:
- Buka aplikasi MyUMobile
- Klik pada “Add Ons” dan pergi ke “Others”
- Melanggan Pakej Perpaduan
Melalui penawaran ini, U Mobile menegaskan komitmennya untuk menyokong inisiatif kerajaan yang menggalakkan keterangkuman digital menerusi ketersambungan yang mudah diakses pada harga yang mampu milik, selaras dengan konsep Malaysia MADANI.
Untuk maklumat lanjut tentang penawaran ini, sila layari laman web www.u.com.my. - DagangNews.com