UiTM Melaka semarak nilai patriotik dalam Keretapi Sarong 2023 | DagangNews Skip to main content

UiTM Melaka semarak nilai patriotik dalam Keretapi Sarong 2023

Oleh Muhammad Adz Arrief Hayat Zamri

HARI MALAYSIA 16 September, merupakan satu sambutan yang telah menjadi tonggak utama dalam mengecapi Malaysia yang aman dan makmur.

 

Hari Malaysia juga memberi makna yang besar dalam memperingati detik penyatuan rakyat melalui tiga wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura.

 

Keretapi Sarong 2023 merupakan salah satu program anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO yang telah diadakan sejak tahun 2012 lagi.

 

Program ini juga bermatlamat untuk menyatukan rakyat Malaysia dengan berarak memakai kain sarung pada setiap 16 September bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi.

 

UiTM Melaka mengambil langkah dalam menjadi rakan kongsi acara bagi Keretapi Sarong 2023 kali ini. Usaha ini diadakan bagi memupuk nilai patriotik dalam diri mahasiswa serta membina semangat patriotik yang padu dan mempunyai nilai penyatuan yang tinggi tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

 

Pihak LOCCO juga menyambut baik usaha jitu ini bagi memastikan setiap mahasiswa dapat merasai dan mengambil pengalaman dalam menyertai program Keretapi Sarong 2023.

 

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada UiTM dan kami telah menandatangani MOU bersama dengan UiTM untuk melakukan pelbagai lagi aktiviti kebudayaan” kata hamsul Bahrin Zainuzzaman, Pengarah jenama LOCCO sewaktu Sidang Media Keretapi Sarong 2023 yang lalu.

 

Kemeriahan acara ini telah dibuktikan oleh Mahasiswa UiTM yang turut sama menyertai masyarakat dalam melakukan aktiviti seperti Nyanyian Patriotik, Sepak bulu ayam, dan aktiviti lain yang melambangkan identiti Malaysia tersendiri.


 

parafrasa

 


UiTM Melaka juga mempunyai rancangan strategik untuk meningkatkan kemahiran sosial untuk para belia dan mewujudkan persekitaran yang harmoni dalam menyambut hari bersejarah.

 

UiTM Melaka juga menyertai acara ini dengan membawa salah satu daripada ‘Sustainable Development Goals (SDG)’ iaitu ‘Partnership for the goals” yang diterajui oleh ‘World Health Organization (WHO)’ di mana UiTM dapat menguatkan cara pengalaman dan menggiatkan kerjasama demi pembangunan mampan.

 

Ini merupakan satu kerjasama yang baik dalam membentuk Malaysia yang lebih maju dan sekaligus memberi ruang terhadap mahasiswa agar lebih terbuka dalam menyertai acara yang menyemarakkan rasa cinta akan negara.

 

Kemunculan Istitusi Awam ini juga telah membuka mata masyarakat bahawa setiap anak muda mempunyai nilai yang tinggi demi memelihara Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang tinggi dengan budaya dan bangsa.

 

Bukan sahaja UiTM Melaka, malah penglibatan daripada UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Selangor dan UiTM Terengganu juga menjadi bukti bahawa warga UiTM mampu menjadi sayap yang mampu terbang tinggi demi mengejar aspirasi negara yang berwawasan.

 

“Putih tulang dikandung tanah, budi baik dikenang juga” suatu pepatah yang membawa maksud budi pekerti yang baik tidak akan dilupakan. Ia sinonim dengan usaha UiTM Melaka dalam menyertai badan organisasi yang lain dalam memelihara budi pekerti, sekaligus melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi benteng terhadap penyatuan negara.


 

parafrasa

 

parafrasa

 


Sebagai masyarakat yang prihatin, ini merupakan tanggungjawab bersama dalam menjaga nama Malaysia sebagai negara yang maju jaya.

 

Kita perlulah berganding bahu dan bersatu dalam menjadikan Malaysia sebagai negara yang disanjung tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi.

 

Marilah kita bersama menyokong semangat anak muda sebagai tulang belakang terhadap negara Malaysia kerana setiap anak muda ini akan mewarisi warisan dan budaya sebagai khazanah negara yang perlu dipelihara dengan baik. Mari bersama kita bangkit demi negara Malaysia tercinta. - DagangNews.com

 

 

Muhammad Adz Arrief Hayat bin Zamri adalah pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Kampus Alor Gajah