UiTM, Sunway dan Switch meterai MoU tingkatkan pemerkasaan TVET | DagangNews Skip to main content

UiTM, Sunway dan Switch meterai MoU tingkatkan pemerkasaan TVET

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 18 Jan - Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Kumpulan Sunway dan Switch (CG Computers Sdn Bhd) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi tempoh 3 tahun dalam usaha memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

 

UiTM berkata, menerusi MoU itu, ketiga-tiga pihak bekerjasama dalam pembangunan modul TVET yang terkini, pertukaran ilmu antara ahli akademik, pakar dan tenaga kerja mahir industri dan kerjasama dalam penempatan latihan industri/praktikal bagi pelajar prasiswazah.

 

Katanya ia termasuk sangkutan pelajar prasiswazah dan pasca siswazah dalam hal berkaitan akademik serta penyelidikanberkenaan, pertukaran maklumat mengenai pembangunan dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, pembangunan pelajar serta produk.

 

"Kerjasama itu turut melibatkan pengurusan dan penganjuran simposium, persidangan, kursus jangka pendek, mesyuarat berkaitan dengan hal penyelidikan, teknikal dan idea.

 

"Selain itu, isu-isu persefahaman dalam aktiviti dan penyebaran maklumat dalam laman web (penggunaan logo, tanda) yang berkaitan tertakluk pada kelulusan bertulis dan apa-apa kerjasama pintar dalam pelbagai bidang dari semasa ke semasa yang dipersetujui," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Sementara itu, Penolong Naib Canselor (Strategi) UiTM, Prof Dr Nor Hayati Saad berkata, pihaknya memainkan peranan yang sangat signifikan sebagai platform percambahan ilmu menerusi pengajaran dan pembelajaran berasaskan keperluan semasa.

 

Katanya, ia amat penting untuk memperkasakan hubungan kerjasama antara institusi dengan industri ke arah melahirkan graduan profesional yang berkualiti.

 

 

uitm
UiTM, Sunway dan Switch memeterai MoU untuk tempoh tiga tahun bermula 15 Januari 2024 hingga 14 Januari Mac 2027.

 

 

"MoU ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang kerjasama perkembangan ilmu, penyelidikan, inovasi, latihan, dan modal insan pada masa akan datang terutamanya yang melibatkan TVET," katanya ketika membacakan teks Naib Canselor pada majlis tersebut.

 

Dalam pada itu, UiTM menjadi universiti awam pertama memeterai MoU dengan pihak Kumpulan Sunway dalam agenda pemerkasaan TVET negara. 

 

 

uitm

 

 

uitm

 

 

Di samping itu, mendukung aspirasi dan selaras dengan lima fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sepertimana dalam hala tuju KPT tahun 2024 yang disampaikan oleh Menteri KPT, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir baru-baru ini. - DagangNews.com