KUALA LUMPUR 10 Julai - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima perisian simulasi pembuatan logam AFDEX (Advisor for Metal Forming process Design Experts) daripada MFRC (Metal Forming Research Corporation) Korea, sebuah syarikat perkhidmatan simulasi pembentukan logam terkemuka di Korea dan Geran Industri Antarabangsa MFRC.
Universiti itu merupakan merupakan universiti penerima pertama di Malaysia.
Perisian itu akan digunakan di Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar, Sekolah Kejuruteraan Mekanikal UiTM serta untuk penyelidikan dan kerjasama industri.
Perisian itu telah mencatat kejayaan dalam industri logam di pelbagai negara seperti Korea, Jerman, Jepun, China, Thailand, Indonesia, India dan Turki, menurut kenyataan media UiTM hari ini.
Terutamanya dalam mengurangkan masa pemprosesan, kos dan pengoptimuman aliran logam, inovasi pintar serta proses penempaan yang inovatif.
Menurut Presiden MFRC, Profesor Mansoo Joun, mengumumkan derma dan geran industri antarabangsa telah dianugerahkan kepada ketua program dan Felo SMRI UiTM, Prof. Madya Dr. Noor Azlina Mohd. Salleh.
Pengiktirafan itu hasil daripada program latihan industri tahunan, kerjasama penyelidikan, dan inisiatif mobiliti seperti program musim panas dan persidangan yang telah berlangsung sejak 2016.
Sementara itu, penghargaan juga diberikan kepada Dr. Mohd Kaswandee, ahli MFRC dan alumni UiTM sempena mengekalkan hubungan rapat dengan UiTM dan SMRI.
Selepas menamatkan pengajian, beliau bekerjasama dengan Prof. Madya Ir. Dr. Noor Azlina Mohd. Salleh.
Selain itu, tiga lagi alumni Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Amirah Nabilah Azman, Nurul Aqilah Razali dan Afaf Amera Abd.Ghawi, telah menamatkan pengajian pasca siswazah mereka dengan tajaan penuh daripada kerajaan Korea dan MFRC.
Perisian yang sangat digunakan dalam industri Korea itu akan diperkenalkan kepada industri logam di Malaysia melalui geran industri antarabangsa dan pertukaran kakitangan.
Penolong Naib Canselor Kolej Kejuruteraan UiTM, Prof. Dr. Hamidah Mohd Saman berkata UiTM berasa bangga menjadi universiti pertama di Malaysia yang menerima perisian ini serta geran industri antarabangsa.
“Dengan bekerjasama rapat dengan rakan industri Korea seperti MFRC, kita dapat menyediakan penyelesaiankepada industri logam untuk menjadi kompetitif melalui penambahbaikan yang akan diperoleh melalui perisiansimulasi serta menyediakan para pelajar dalam kepakaran dan kemudahan simulasi Korea.
"Ini selaras dengan Dasar Nasional Industry4WRD serta agenda transformasi UiTM bertujuan menjadi universiti global terkemuka dalam bidang sains, teknologi, kemanusiaan dan keusahawanan menjelang 2025,” kata beliau.
Sementara itu, MoU telah ditandatangani antara UiTM dan MFRC Korea Selatan mengenai kerjasama strategik yang menambah dimensi nilai baru kepada pembangunan industri logam, pelajar, pertukaran kakitangan, penyelidikan dan penerbitan, latihan serta pengajaran dan pembelajaran.
“Dengan era digitalisasi, diharapkan MFRC dan UiTM akan mendapat manfaat daripada pemindahan budaya serta pengetahuan yang pesat yang dapat meningkatkan nilai graduan yang dihasilkan serta kelestarianindustri logam” kata Presiden MFRC, Profesor Dr. ManSoo Joun.
Turut sama hadir ialah Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), Prof Dr. Jamalunlaili Abdullah, Pengarah Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar, Prof. Dr. Aman Ihsan Mamat, dan Pengarah Jaringan Industri UiTM, Prof. Dr Muhammad Hussain Ismail. - DagangNews.com