Unitrade Industries lupus tanah perindustrian bernilai di RM19.4 juta di Glenmarie | DagangNews Skip to main content

Unitrade Industries lupus tanah perindustrian bernilai di RM19.4 juta di Glenmarie

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Julai - Unitrade Industries Berhad bercadang untuk melupuskan sebidang tanah perindustrian pegangan bebas di Bandar Glenmarie, Shah Alam pada harga RM19.4 juta.

 

Tanah seluas 4,794 meter persegi itu, yang dilengkapi dengan sebuah kilang berkembar satu tingkat yang dilampirkan dengan bangunan pejabat tiga tingkat, sedang dijual kepada Conway Terminals Manufacturer Sdn. Bhd.

 

Kumpulan itu berkata, kos asal pelaburan tanah itu ialah RM3.83 juta, dengan nilai buku bersih RM2.38 juta setakat 31 Mac 2022.

 

"Cadangan pelupusan itu dijangka menghasilkan keuntungan bersih kira-kira RM14.9 juta dan akan menyumbang secara positif kepada nilai aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan penggearan Unitrade," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Unitrade bercadang untuk menggunakan RM12.25 juta daripada hasil jualan untuk membayar balik pinjamannya, dan RM5 juta untuk perbelanjaan modal bagi kuarters tenaga berpusat, dengan baki RM2.15 juta adalah anggaran perbelanjaan berkaitan pelupusan itu.

 

Kumpulan itu menjangkakan penjualan itu akan selesai pada suku keempat 2023. - DagangNews.com