Untung 9MFY23 susut kepada RM713,000, Mesiniaga susun semula jabatan jualan dan pemasaran | DagangNews Skip to main content

Untung 9MFY23 susut kepada RM713,000, Mesiniaga susun semula jabatan jualan dan pemasaran

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Nov - Mesiniaga Berhad bertindak menyusun semula jabatan jualan dan pemasaran kumpulan secara proaktif selepas mencatatkan penyusutan keuntungan yang dicatatkan bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023 (9MFY23).

 

Untung bersih kumpulan itu menyusut kepada RM713,000 bagi 9MFY23 berbanding RM2.69 juta bagi tempoh sama tahun lalu. 

 

Hasil kumpulan bagi tempoh sama menyusut 16.8% kepada RM186.8 juta berbanding RM224.4 juta bagi 9MFY22.

 

"Hasil yang lebih rendah ini disebabkan oleh penangguhan pemberian dan penyiapan projek," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Selain penyusunan semula, Mesiniaga mengambil beberapa langkah lain termasuk pengasingan produk dan rasionalisasi kos.

 

Kumpulan itu juga mengakui, bahawa langkah itu perlu dilakukan dalam usaha berdepan cabaran dalam turun naik tukaran mata wanng asing, peningkatan inflasi  dan saingan sengit daripada pasaran semasa.

 

"Pada masa sama, kami berjaya mendapatkan beberapa projek baharu dalam beberapa bulan lalu dan mengekalkan prospek positif untuk tahun semasa," katanya.

 

Terdahulu, kumpulan itu berjaya meraih kontrak bernilai RM38.1 juta daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan sistem MYGST dan pembaharuan lesen bermula 2023 hingga 2025.

 

Kontrak itu berkuat kuasa serta-merta sehingga Oktober 2025. Bagaimanapun kontrak itu tidak memiliki klausa pembaharuan automatik. - DagangNews.com